• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, December 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kebakaran Terbesar Dekad Ini, Israel Umum Darurat Negara

oleh Mohd Arshad
01/05/2025
dalam Terkini
0
Kebakaran Terbesar Dekad Ini, Israel Umum Darurat Negara
Share on FacebookShare on Twitter

BET SHEMESH, Israel: Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu memberi amaran bahawa kebakaran hutan yang merebak dengan pantas berhampiran Baitulmaqdis boleh sampai ke bandar itu.

Beliau semalam turut mengisytiharkan keadaan sebagai darurat negara.

Api menjulang dengan kepulan asap tebal naik hingga ke lebuh raya berhampiran Baitulmaqdis, ketika anggota bomba bertungkus lumus mengawal kebakaran hutan yang mencederakan beberapa orang, selain dibantu tentera.

Netanyahu memberi amaran bahawa angin barat boleh mendorong api dengan mudah menghala ke arah pinggir Baitulmaqdis, malah ke dalam bandar itu sendiri.

“Kita perlu membawa seberapa banyak mungkin jentera bomba dan membina sekatan api jauh melebihi garisan kebakaran semasa.

“Kita kini berada dalam kecemasan negara, bukan hanya tempatan. Keutamaan sekarang ialah mempertahankan Baitulmaqdis,” katanya dalam satu kenyataan video.

Agensi penyelamat Magen David Adom (MDA) Israel melaporkan, ratusan orang awam terancam susulan kebakaran disifatkan terburuk dalam beberapa tahun.

MDA berkata, pihaknya setakat ini memberikan rawatan kepada 23 orang, 13 daripadanya dibawa ke hospital, dengan majoritinya mengalami lemas dan melecur.

Antaranya ialah dua wanita hamil dan dua bayi di bawah umur setahun, tambahnya.

Ia berkata tahap amaran juga dinaikkan ke peringkat tertinggi.

Penduduk penduduk Yuval Aharoni, 40, berkongsi perasaannya menghadapi situasi itu.

“Ia amat menyedihkan kerana kita tahu cuaca, (dan) boleh agak perkara itu (kebakaran) akan berlaku dan merasakan yang mereka (pihak berkuasa) masih tidak cukup bersedia untuk (guna) pesawat besar yang boleh menurunkan sejumlah besar air,” katanya.

Polis sudah menutup lebuh raya utama Baitulmaqdis-Tel Aviv dan memindahkan penduduk di sepanjang laluan itu ketika kebakaran terus berlaku lagi di kawasan yang sudah musnah seminggu lalu.

Penduduk di kawasan berhampiran juga dipindahkan.

“Ramai polis tiba, ramai anggota bomba tetapi ia tidak benar-benar membantu. Api menguasai sepenuhnya seluruh kawasan di sini,” kata pelajar, Yosef Aaron kepada AFP.

Ketua bomba Eyal Caspi pada sidang akhbar yang disiarkan di televisyen berkata, “pesawat kami tidak boleh berbuat apa-apa sekarang disebabkan keadaan cuaca. Matlamat kami adalah untuk menyelamatkan nyawa.

“Kita nampaknya menghadapi kebakaran terbesar di Israel dalam satu dekad.”

Polis dalam X turut memaklumkan anggotanya dikerah untuk berkawal di sekitar lebuh raya dan Bukit Baitulmaqdis, meminta orang ramai untuk mengelak laluan itu.

Sementara itu, Menteri Keselamatan Negara Itamar Ben Gvir membayangkan bahawa perbuatan khianat mungkin punca di sebalik kebakaran besar itu, berdasarkan maklumat polis menahan seorang penduduk Baitulmaqdis timur yang tertangkap ketika ‘cuba membakar padang di selatan bandar’ .

Namun, tiada pengisytiharan rasmi yang mengaitkan kedua-duanya secara langsung.

-Berita Harian

Tags: daruratIsraelkebakaran
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

44 Maut Dalam Kebakaran Tujuh Blok Pangsapuri Di Hong Kong

44 Maut Dalam Kebakaran Tujuh Blok Pangsapuri Di Hong Kong

27/11/2025
0

HONG KONG - Ketua Eksekutif Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong (HKSAR), John Lee pada awal Khamis berkata kebakaran di Wang...

Dua Kilang Perabot Terbakar

Dua Kilang Perabot Terbakar

17/11/2025
0

SUNGAI BULOH – Dua buah kilang perabot musnah dalam kebakaran di Jalan Baru Sungai Buloh, di sini pada Isnin. Peniolong...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd