• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jabatan Akauntan Negara Kesan Penipuan Dana Awam RM10.4j Di Jabatan Persekutuan

oleh Mohd Arshad
20/05/2025
dalam Terkini
0
Jabatan Akauntan Negara Kesan Penipuan Dana Awam RM10.4j Di Jabatan Persekutuan
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) mengesan penipuan dana kerajaan berjumlah RM18 juta sepanjang tempoh lima tahun sehingga 2024, termasuk RM10.4 juta membabitkan penjawat awam berkhidmat di sebuah jabatan persekutuan di sebuah negeri.

Akauntan Negara, Nor Yati Ahmad, berkata kecurangan itu dikesan jabatan berkenaan berdasarkan laporan perakaunan yang diterima, termasuk daripada pihak ketiga.

“Setakat 2019 hingga 2024, berdasarkan transaksi yang JANM siasat, kita berjaya menyelesaikan dan mengesan dana kerajaan berjumlah RM18 juta yang hilang.

“Contohnya dalam satu kes, kita mengesan ada penjawat awam terbabit dalam kehilangan dana awam berjumlah RM10.4 juta di sebuah jabatan persekutuan di sebuah negeri. Tindakan susulan sudah diambil oleh pihak berkuasa.

“Kes itu membabitkan kakitangan awam atau akauntan kerajaan yang menguruskan akaun berkenaan atau mereka yang mendapat capaian dalam proses kewangan itu,” katanya.

Beliau menjelaskan demikian pada sidang media selepas Majlis Peluncuran Kumpulan Kerja Fraud Perakaunan, di sini hari ini. Majlis dirasmikan oleh Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki.

Katanya, manipulasi prosedur kewangan dan sistem perakaunan kerajaan antara salah laku sesetengah penjawat awam dalam kes penipuan perakaunan yang semakin serius hari ini.

Nor Yati berkata, kebanyakan modus operandi penipuan perakaunan membabitkan manipulasi prosedur dan proses kewangan serta pengubahan sistem seperti sistem perakaunan dan pengurusan kewangan.

“Selain mengambil tindakan agresif berdasarkan laporan daripada pihak ketiga dan sumber lain, jabatan ini turut mengamalkan pendekatan proaktif dengan memanfaatkan teknologi digital semasa.

“Ini termasuk menganalisis data kewangan untuk mengesan red flags dan anomalies dalam transaksi yang dilihat mencurigakan atau luar biasa,” katanya.

Beliau berkata, JANM menjadikan proses berkenaan sebahagian daripada proses kerja standard di jabatan itu di seluruh negara.

Terdahulu dalam ucapannya, Nor Yati berkata, landskap baharu yang semakin mencabar dan kompleks susulan perkembangan teknologi dan sosio ekonomi di peringkat nasional dan global memerlukan pembabitan semua agensi awam setiap peringkat.

“Perkara ini boleh direalisasikan dengan menggalakkan kolaborasi dan perkongsian amalan terbaik dalam agensi sektor awam dan swasta bagi memperkukuh dan menambah baik dasar, peraturan dan metodologi dalam pencegahan fraud.

“Kerajaan Madani yang menekankan prinsip tatakelola dan integriti akan dapat meraih manfaat besar daripada pelaksanaan Kumpulan Kerja Fraud Perakaunan ini,” katanya.

Beliau berkata, JANM memberikan komitmen penuh dalam menyokong dan membantu kumpulan kerja berkenaan mencapai objektif yang digariskan.

“Kami percaya bahawa melalui sinergi strategik ini, usaha membanteras fraud dapat dilaksanakan secara lebih efektif dan menyeluruh,” katanya.

BHonline-

Tags: Jabatan Akauntan NegaraLondon
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

6 Peserta Ekspedisi Perpaduan Berlepas Ke London

6 Peserta Ekspedisi Perpaduan Berlepas Ke London

16/06/2023
0

SEPANG : Enam peserta Ekspedisi Perpaduan Watikah Kemerdekaan 66, London-Kuala Lumpur 2023, berlepas ke London hari ini bagi memulakan ekspedisi...

Agong, Raja Permaisuri Adakan Lawatan Khas Ke London

Agong, Raja Permaisuri Adakan Lawatan Khas Ke London

09/10/2022
0

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd