• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, August 18, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Imigresen Selamat 10 Wanita Bawah Umur Mangsa Eksploitasi Seks Sindiket Pelacuran

oleh Mohd Arshad
03/05/2025
dalam Utama & Sensasi
0
Imigresen Selamat 10 Wanita Bawah Umur Mangsa Eksploitasi Seks Sindiket Pelacuran
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Jabatan Imigresen menyelamatkan 10 remaja perempuan bawah umur yang menjadi mangsa eksploitasi seks oleh sindiket pelacuran yang berselindung di sebalik perniagaan spa dan rumah urut.

Kegiatan mereka terbongkar selepas sebuah premis spa dan rumah urut di Johor Bahru diserbu Jabatan Imigresen semalam.

Dalam operasi bermula jam 3.15 petang itu, pihak Imigresen turut menahan 37 wanita warga Vietnam dan 16 wanita Indonesia berusia lingkungan 18 hingga 40 tahun yang dipercayai terbabit aktiviti pelacuran.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban berkata, pihaknya percaya kegiatan itu membabitkan aktiviti pemerdagangan orang berskala besar.

“Semua 10 remaja perempuan warga Indonesia dan Vietnam yang diselamatkan dalam serbuan itu menjadi mangsa eksploitasi seks serta berkait penipuan pekerjaan.

“Malah mereka tidak dibayar gaji atau upah, dengan pergerakan dikawal serta pasport dipegang sindiket,” katanya.

Tambah beliau modus operandi sindiket adalah menawarkan perkhidmatan kepada pelanggan tertentu menerusi aplikasi sosial seperti WeChat dan WhatsApp dengan bayaran antara RM200 hingga RM300 sejam.

Berdasarkan siasatan, wanita warga asing yang ditahan dianggar mampu memperoleh pendapatan mencecah RM5,000 ke RM10,000 sebulan hasil perbuatan tidak bermoral itu.

“Ketika serbuan semua wanita terbabit sedang leka melayan pelanggan terdiri warga tempatan dan pelancong asing.

“Turut ditahan, 11 lelaki warga Indonesia, Vietnam dan Bangladesh dipercayai pekerja pembersihan di premis berkenaan serta tujuh lelaki tempatan disyaki pemilik premis dan kapten yang menjaga wanita warga asing ini.

“Mereka sebahagian besar ditemui bersembunyi dalam sebuah bilik rahsia di premis itu yang dipercayai disediakan khusus bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.

“Turut ditemui, wang tunai berjumlah RM128,464 dipercayai hasil kegiatan persundalan berkenaan,”katanya.

Zakaria berkata, siasatan dijalankan di bawah Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 dan Akta Imigresen 1969/63, Akta Pasport 1966 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

Mangsa yang diselamatkan ditempatkan di sebuah rumah perlindungan sementara siasatan dijalankan, sementara warga asing ditahan ditempatkan di Depot Tahanan Imigresen bagi tujuan siasatan lanjut.

“Kita turut menyiasat ‘kapten’ yang menjaga wanita warga asing terbabit di bawah Seksyen 12 Akta Atipsom, Seksyen 12(1)(f) Akta Pasport 1966 dan Seksyen 55B Akta Imigresen 1959/63,” katanya.

BHonline-

Tags: Jabatan ImigresenSindiket Pelacuran
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

16 Pelajar MRSM Johor Bahru Keracunan Makanan

Next Post

Rafizi Suarakan Hasrat Letak Jawatan?

Related Posts

‘Ketika Ditahan, Dia Simpan 9 Pasport Pakistan, 2 Pasport Sri Lanka Dalam Baju Sejuk Dipakainya…’

‘Ketika Ditahan, Dia Simpan 9 Pasport Pakistan, 2 Pasport Sri Lanka Dalam Baju Sejuk Dipakainya…’

28/03/2025
0

KUALA LUMPUR: Seorang pegawai Jabatan Imigresen ditahan kerana disyaki terbabit dalam kegiatan membawa masuk warga asing tanpa menjalani pemeriksaan di...

Jabatan Imigresen Distruktur Semula

Jabatan Imigresen Distruktur Semula

12/02/2023
0

JOHOR BAHRU: Jabatan Imigresen kini dalam proses melakukan penstrukturan semula untuk menjadi sebuah jabatan penguatkuasaan yang lebih kompeten dan cekap....

Next Post
Rafizi Suarakan Hasrat Letak Jawatan?

Rafizi Suarakan Hasrat Letak Jawatan?

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd