• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, February 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gaza Akan ‘Musnah Sama Sekali’ Diserang Israel – Pakar PBB

oleh Mohd Arshad
08/05/2025
dalam Antarabangsa
0
Gaza Akan ‘Musnah Sama Sekali’ Diserang Israel – Pakar PBB
Share on FacebookShare on Twitter

GAZA: Pakar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menggesa tindakan segera untuk mengelakkan penghapusan penduduk Palestin dan Gaza musnah sama sekali akibat serangan berterusan Israel.

Serangan berskala besar seperti diumumkan tentera Israel menerima kecaman antarabangsa, selepas agensi PBB sebelum ini memberi amaran mengenai bencana kemanusiaan di wilayah Palestin yang musnah disebabkan perang yang berlarutan selama 19 bulan.

Lebih 20 pakar bebas PBB menyatakan, dunia kini berdepan dengan ‘pilihan sukar tetapi nyata’, sama ada ‘berdiam diri dan menyaksikan pembunuhan mereka yang tidak bersalah atau turut serta dalam mencari penyelesaian adil’.

Pakar-pakar itu menggesa masyarakat antarabangsa supaya tidak terus membiarkan dunia ‘terjerumus ke dalam jurang keruntuhan moral’.

Dalam pada itu, tentera Israel memaklumkan serangan berskala besar yang lebih meluas diluluskan kerajaan tatkala regim itu bertindak menyekat bantuan selama lebih dua bulan ke atas Gaza.

Serangan itu secara langsung akan mengakibatkan pemindahan ‘sebahagian besar’ penduduk wilayah itu.

Semalam, Presiden Perancis, Emmanuel Macron menyifatkan krisis di Gaza sebagai ‘paling kritikal yang pernah disaksikannya’.

Pada masa sama, Perdana Menteri Sepanyol Pedro Sanchez berkata, Madrid akan mengemukakan deraf resolusi di Perhimpunan Agung PBB (UNGA) untuk ‘mencadangkan langkah segera bagi menghentikan pembunuhan orang awam tidak bersalah dan memastikan bantuan kemanusiaan’ disalurkan ke Gaza.

Perdana Menteri Britain, Keir Starmer pula memberitahu Parlimen, keadaan di Gaza dan Tebing Barat yang diduduki kini semakin tidak dapat diterima akal.

Dalam pada itu semalam, Ketua Dasar Luar Kesatuan Eropah (EU), Kaja Kallas menawarkan diri kepada Israel untuk mengagihkan bantuan kemanusiaan sekiranya Tel Aviv tidak mempercayai pihak lain di kawasan itu.

Pasukan penyelamat di wilayah Palestin melaporkan serangan udara Israel semalam (Rabu) mengorbankan 59 nyawa dengan 48 daripadanya di Bandar Gaza.

Jurucakap pertahanan awam, Mahmud Bassal, memberitahu AFP, pasukan penyelamat, paramedik dan sukarelawan memindahkan sekurang-kurangnya 33 jasad dan lebih 80 orang cedera.

Kira-kira separuh daripadanya kanak-kanak dan sebahagian lagi wanita, akibat serangan udara Israel di kejiranan Al-Rimal di Gaza.

Serangan ini adalah salah satu yang paling meragut nyawa sejak bermulanya serangan berskala besar Israel ke atas Gaza selepas gencatan senjata selama dua bulan di wilayah Palestin terhenti pada 18 Mac.

World Central Kitchen (WCK), yang mengendalikan salah satu daripada kilang roti yang satu-satunya masih beroperasi di Gaza, pada lewat semalam mengumumkan pihaknya sudah kehabisan bekalan untuk menyediakan makanan atau membuat roti di Gaza.

“Bekalan makanan tambahan dan peralatan sudah siap untuk dihantar ke sempadan dari Jordan dan Mesir.

“Tugas penting kami tidak dapat diteruskan tanpa kebenaran dari Israel untuk bantuan ini memasuki Gaza,” kata badan amal itu dalam satu kenyataan.

BHonline-

Share197Tweet123SendShare

Related Posts

‘Tangkap Azam Baki 2.0’ Dijadual Ahad Ini Di Sogo Kuala Lumpur

‘Tangkap Azam Baki 2.0’ Dijadual Ahad Ini Di Sogo Kuala Lumpur

13/02/2026
0

KUALA LUMPUR – Satu perhimpunan dikenali sebagai “Himpun dan Lawan: #TangkapAzamBaki” dijadual berlangsung pada Ahad, 15 Februari 2026, jam 4...

Hamzah Zainudin Dipecat Serta-Merta Dari BERSATU 

Hamzah Zainudin Dipecat Serta-Merta Dari BERSATU 

13/02/2026
0

Hamzah Zainudin Dipecat Serta-Merta Dari BERSATU 

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd