• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, December 5, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Elak Perjalanan Ke India-Pakistan Buat Sementara Waktu

oleh Mohd Arshad
10/05/2025
dalam Terkini
0
Elak Perjalanan Ke India-Pakistan Buat Sementara Waktu
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN: Rakyat Malaysia yang merancang ke India dan Pakistan khususnya di wilayah Kashmir dinasihatkan menangguhkan sementara perjalanan tidak penting susulan pergolakan di kedua-dua negara berkenaan.

Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan, turut meminta rakyat Malaysia yang berada di negara berkenaan terutama pelajar untuk menghubungi dan mengemas kini maklumat masing-masing di kedutaan atau pejabat konsulat.

“Rakyat Malaysia di India dan Pakistan diminta menghubungi kedutaan atau pejabat konsulat di kedua-dua negara itu dengan meninggalkan nombor telefon dan alamat supaya jika ada apa-apa keperluan pihak kedutaan akan mudah menghubungi mereka.

“Rakyat yang berada di sana juga dinasihat untuk mengelak pergi ke daerah yang bermasalah terutama di Kashmir.

“Setakat ini tiada rakyat Malaysia yang terperangkap, jadi saya minta supaya mereka berhati-hati dan jika berada di luar kawasan yang terlibat, batalkan dulu apa juga perjalanan ke sana agar tidak menjadi mangsa atau terjejasjika terjadinya perkara-perkara tidak diingini,” katanya kepada media di sini, hari ini.

Terdahulu beliau menyempurnakan Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Senawang 3, di sini, hari ini dan turut hadir, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan (JPNS), Khalida Omar.

Mohamad diminta mengulas perkembangan terkini susulan ketegangan yang berlaku membabitkan India dan Pakistan apabila media antarabangsa melaporkan pertempuran antara dua negara jiran bersenjata nuklear itu semakin memuncak.

Baru-baru ini, Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Delhi menasihatkan rakyat Malaysia supaya menangguhkan semua perjalanan tidak penting ke India susulan serangan rentas sempadan dengan Pakistan.

Mengulas lanjut, beliau yang juga Ahli Parlimen Rembau berkata, Wisma Putra telah mengeluarkan kenyataan meminta kedua negara berkenaan untuk menghentikan ketegangan bagi mengelak keadaan tidak menentu dan situasi tegang berterusan berlaku.

“Malaysia risau dengan keadaan saling berbalas tembakan menggunakan dron dan roket, ini perlu dielakkan.

“Harap pemimpin kedua-dua negara memikirkan gambaran lebih besar daripada melihat situasi yang boleh menyebabkan hubungan dua negara terjejas,” katanya.

Sementara itu, Mohamad melahirkan rasa gembira dan bangga di atas pencapaian pelajar SK Senawang 3 dan yakin mereka boleh bersaing dengan sekolah lain di Negeri Sembilan yang telah mempunyai sejarah kegemilangan pelajar.

-Berita Harian

Tags: IndiaPakistan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

India Tidak Menjemput China, Pakistan dan Turkiye Ke “International Fleet Review 2026”

India Tidak Menjemput China, Pakistan dan Turkiye Ke “International Fleet Review 2026”

02/11/2025
0

India Tidak Menjemput China, Pakistan dan Turkiye ke “International Fleet Review 2026” New Delhi – Dalam satu langkah yang menarik...

BJP Melakukan Pembersihan Etnik Ke Atas Masyarakat Islam India 

BJP Melakukan Pembersihan Etnik Ke Atas Masyarakat Islam India 

29/10/2025
0

BJP Melakukan Pembersihan Etnik Ke Atas Masyarakat Islam India  Oleh Mynewshub  Istilah pembersihan etnik merujuk kepada usaha sistematik untuk mengusir,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd