• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bunyi Seakan Letupan Di Shah Alam, MBSA Diminta Cari Punca – Exco

oleh Mohd Arshad
23/05/2025
dalam Terkini
0
Bunyi Seakan Letupan Di Shah Alam, MBSA Diminta Cari Punca – Exco
Share on FacebookShare on Twitter

Shah Alam: Kerajaan negeri memandang serius isu bunyi seakan letupan di sekitar Shah Alam yang masih menjadi tanda tanya dalam kalangan penduduk.

Exco Kerajaan Tempatan dan Pelancongan Selangor, Datuk Ng Suee Lim berkata, pihaknya maklum berhubung perkara itu menerusi media sosial dan akan mencari punca dari mana datangnya bunyi berkenaan.

“Saya akan minta Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) cari punca dan mungkin kita boleh adakan kerjasama lebih rapat dengan polis untuk kenal pasti (punca) bunyi berkenaan, dari mana bunyi itu datang supaya rakyat tidak khuatir dan dalam kebimbangan.

“Bunyi ini mungkin boleh menjadi fobia atau kacau ganggu kepada rutin harian penduduk justeru kita akan cuba sedaya upaya untuk mengesannya.

“Setakat ini, ia (punca bunyi) masih samar-samar,” katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Jawatankuasa Tetap KTK Selangor, di sini, hari ini.

Insiden itu berlaku sejak beberapa minggu lalu dan terus menjadi teka teki kepada penduduk.

Perkara itu turut dikongsi di Facebook Shah Alam Resident oleh beberapa individu yang dipercayai penduduk sekitar Shah Alam yang mendengar bunyi berkenaan.

Difahamkan, bunyi berkenaan didengar di sekitar pusat bandar Shah Alam serta beberapa lokasi lain termasuk Denai Alam, TTDI Jaya serta Setia Alam.

Sebelum ini, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim turut mengambil maklum berhubung perkara itu dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat untuk berhubung dengan balai polis berhampiran untuk tindakan lanjut.

-Harian Metro

Tags: ExcoMBSAShah Alam
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ahli Parlimen Shah Alam Kecewa Usul Had Tempoh PM Gagal – ‘Kurang Selera Berbuka Puasa’

Ahli Parlimen Shah Alam Kecewa Usul Had Tempoh PM Gagal – ‘Kurang Selera Berbuka Puasa’

03/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Shah Alam melahirkan rasa sangat kecewa selepas usul bagi menghadkan tempoh jawatan Perdana...

Selangor Rangka Mekanisme Mudahkan Murid Lapor Kejadian Buli – Exco

Selangor Rangka Mekanisme Mudahkan Murid Lapor Kejadian Buli – Exco

27/08/2025
0

SHAH ALAM - Kerajaan Selangor akan merangka mekanisme khas bagi memudahkan kanak-kanak melaporkan sebarang kejadian berunsur buli, kata Exco Pembangunan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd