• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 25, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bukit Aman Kaji Langkah Tambahan Lindung Keselamatan Anggota Semasa Guna Kenderaan Pasukan

oleh Mohd Arshad
14/05/2025
dalam Terkini
0
Bukit Aman Kaji Langkah Tambahan Lindung Keselamatan Anggota Semasa Guna Kenderaan Pasukan
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Bukit Aman dalam proses mengenal pasti langkah tambahan bagi menjamin keselamatan anggota polis semasa mobilisasi untuk tugasan atau tujuan berkaitan lain dengan menggunakan kenderaan pasukan.

Ia susulan tragedi sembilan anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) maut dalam nahas membabitkan trak dinaiki mereka dengan lori membawa muatan batu di Jalan Chikus–Sungai Lampam di Teluk Intan, Perak, semalam.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, berkata perbincangan akan diadakan dengan pimpinan Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA).

“Isu ini bukan sahaja melibatkan FRU kerana elemen polis yang lain di bawah KDNKA juga menggunakan trak seumpama itu untuk mengangkut anggota termasuk Pasukan Gerakan Am (PGA).

“Antara sedang dikaji termasuk penambahan sistem yang lebih baik bagi melindungi penumpang dalam trak, namun trak ini mempunyai bangku panjang yang mungkin serasi atau tidak untuk sistem itu,” katanya kepada NST, hari ini.

Beliau berkata, satu lagi langkah sedang dipertimbangkan ialah penggunaan bas untuk membawa anggota bagi perjalanan antara kem dan lokasi operasi.

“Terdapat isu bajet yang telah kami kenal pasti sekiranya bas digunakan kerana kami akan memerlukan lebih daripada satu bas untuk mengangkut anggota antara lokasi operasi.

“Langkah lain sedang kami pertimbangkan dan menunjukkan potensi ialah memastikan konvoi dikawal oleh kereta peronda polis antara lokasi.

“Maksudnya kereta peronda akan mengiringi konvoi dan akan menyerahkan tugas pengiring kepada kereta peronda lain apabila merentas sempadan negeri,” katanya.

Razarudin berkata, sebarang keputusan hanya akan dibuat selepas perbincangan diadakan dengan KDNKA.

“Keselamatan anggota adalah keutamaan dan kami akan mencari langkah sesuai untuk memastikan perkara ini. Kami akan duduk berbincang, menganalisis dan mencari penyelesaian terbaik,” katanya.

Nahas semalam turut menyebabkan lapan anggota FRU menerima rawatan di Hospital Teluk Intan, manakala seorang di Hospital Raja Permaisuri Bainun di Ipoh.

-Berita Harian

Tags: Bukit Amankaji
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Nahas FRU: Pemandu lori Ada 6 Rekod Jenayah, Kebanyakan Berkaitan Dadah – Polis

Next Post

P Ramasamy Didakwa Pecah Amanah Hampir RM860,000

Related Posts

Hina Nabi: Bukit Aman Terima 13 Laporan, Sedang Siasat Akaun FB Ainon Mohd

Hina Nabi: Bukit Aman Terima 13 Laporan, Sedang Siasat Akaun FB Ainon Mohd

17/03/2025
0

KUALA LUMPUR: Polis sedang menyiasat perkongsian hantaran menghina Nabi Muhammad SAW oleh pemilik Facebook yang menggunakan nama akuan Ainon Mohd,...

Pemandu E-Hailing OKU Beri Keterangan Di Bukit Aman

Pemandu E-Hailing OKU Beri Keterangan Di Bukit Aman

05/06/2024
1

Kuala Lumpur : Pemandu e-hailing orang kurang upaya (OKU) yang mendakwa dipukul pengawal peribadi rombongan kenamaan di lobi sebuah hotel...

Next Post
P Ramasamy Didakwa Pecah Amanah Hampir RM860,000

P Ramasamy Didakwa Pecah Amanah Hampir RM860,000

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd