• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

14 Kanak-Kanak Ditahan Sebabkan Kematian Seorang Remaja

oleh AK-47
04/05/2025
dalam Jenayah
0
14 Kanak-Kanak Ditahan Sebabkan Kematian Seorang Remaja
Share on FacebookShare on Twitter

LONDON – Seramai 14 kanak-kanak berusia antara 11 hingga 14 tahun ditahan atas dakwaan menyebabkan kematian tanpa niat selepas seorang remaja lelaki maut dalam satu insiden kebakaran di Gateshead, menurut Polis Northumbria.

Kebakaran berlaku berhampiran taman perindustrian Fairfield di kawasan Bill Quay, Gateshead pada petang Jumaat, lapor PA Media/dpa.

Pihak berkuasa melancarkan usaha mencari Layton Carr yang dilaporkan berada di lokasi ketika kejadian.

“Dengan dukacitanya dimaklumkan, hasil pencarian yang dijalankan oleh Polis Northumbria dan Pasukan Bomba dan Penyelamat Tyne and Wear, satu mayat yang dipercayai milik Layton Carr, 14, dijumpai dalam bangunan berkenaan.

“Pihak waris telah dimaklumkan dan kini menerima sokongan daripada pegawai khas kami,” menurut jurucakap polis.

Kesemua yang ditahan terdiri daripada 11 kanak-kanak lelaki dan tiga kanak-kanak perempuan bagi membantu siasatan.

Orang ramai turut dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi susulan siasatan masih di peringkat awal.

“Ucapan takziah kami ucapkan kepada keluarga Layton ketika mereka cuba menerima kehilangan insan tersayang.

“Pegawai khas kami akan terus memberikan sokongan kepada mereka dalam apa jua cara yang diperlukan,” kata Ketua Inspektor Detektif Louise Jenkins. 

–Bernama

Tags: kanak-kanakkematian
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tangisan Punca Kanak-kanak 3 Tahun Dipukul, Mata Kiri Lebam

Tangisan Punca Kanak-kanak 3 Tahun Dipukul, Mata Kiri Lebam

19/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Tangisan tanpa henti seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun dipercayai menjadi punca dia dipukul anak pengasuh di sebuah...

Lebih 60 Peratus Kanak-kanak Miliki Peranti, Layari Internet Hingga 4 Jam Sehari

Lebih 60 Peratus Kanak-kanak Miliki Peranti, Layari Internet Hingga 4 Jam Sehari

02/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Sebanyak 55.7 peratus kanak-kanak di negara ini menggunakan internet selama satu hingga empat jam sehari tahun lalu. Pengerusi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd