• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, August 13, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Semua Prosiding Bersabit Titah Adendum Di Mahkamah Tinggi Tangguh Hingga Rayuan AG Selesai

oleh Mohd Arshad
28/04/2025
dalam Terkini
0
Semua Prosiding Bersabit Titah Adendum Di Mahkamah Tinggi Tangguh Hingga Rayuan AG Selesai
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Semua pendengaran membabitkan semakan kehakiman Datuk Seri Najib Razak berhubung Titah Adendum di Mahkamah Tinggi ditangguhkan sehingga rayuan Peguam Negara didengar dan diputuskan Mahkamah Persekutuan.

Hakim Hayatul Akmal Abdul Aziz memerintahkan semua prosiding, termasuk permohonan kerajaan untuk mendapatkan perintah larangan bersuara (gag order) membabitkan semakan kehakiman itu, ditangguhkan pada prosiding hari ini.

Beliau membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan bersama oleh Jabatan Peguam Negara (AGC) dan peguam Datuk Seri Najib Razak, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, bagi penangguhan terbabit.

Mahkamah kemudian menetapkan 3 Julai ini bagi pengurusan kes.

Terdahulu, Peguam Kanan Persekutuan, Ahmad Hanir Hambaly memaklumkan perkembangan terkini hari ini di Mahkamah Persekutuan, di mana Peguam Negara diberi kebenaran merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang membenarkan rayuan Najib dan mengembalikan kes semakan kehakiman ke Mahkamah Tinggi.

Ahmad Hanir berkata, sehubungan itu, Mahkamah Persekutuan menetapkan pada 1 dan 2 Julai ini untuk mendengar rayuan berkenaan.

“Sehubungan perkembangan itu, pihak-pihak di Mahkamah Persekutuan memohon untuk menangguhkan semua prosiding di (berkaitan Titah Adendum) Mahkamah Tinggi.

“Panel Mahkamah Persekutuan menasihatkan kami supaya memohon penangguhan di hadapan anda (hakim).

“Kita sudah berbincang dan peguam (Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah) sudah mengesahkan bahawa kami bersetuju bahawa semua perkara di Mahkamah Tinggi ditangguhkan sementara menunggu penyelesaian rayuan berkenaan,” katanya.

Mahkamah hari ini sepatutnya mendengar permohonan gag order terbabit yang dikemukakan oleh AGC bagi menghalang mana-mana pihak termasuk media untuk memperkatakan mengenai Titah Adendum.

AGC dalam permohonan itu menegaskan, perintah larangan bersuara yang dimohon berhubung semakan kehakiman Titah Adendum adalah perlu bagi memastikan pendengaran kes dapat dijalankan tanpa sebarang prejudis.

AGC melalui afidavit balasan terhadap dakwaan Datuk Seri Najib Razak dalam afidavit jawapannya, berkata ia kerana ada laporan media, kenyataan awam dan forum oleh pelbagai lapisan masyarakat termasuk peguam cara Najib sendiri yang membincangkan perkara subjek dalam permohonan semakan kehakiman itu.

Peguam Cara Negara, Datuk Suzana Atan, yang mengikrarkan afidavit balasan AGC itu, berhujah terdapat elemen kesegeraan terhadap risiko sebenar bagi prejudis yang serius dalam permohonan semakan kehakiman berkenaan.

Beliau berkata, ia dalam keadaan di mana pendedahan maklumat tertentu kepada umum boleh menyebabkan kemudaratan yang tidak dapat diperbaiki terhadap prosiding kes, tanpa mengambil kira sama ada institusi diraja adalah pihak dalam kes berkenaan.

Sementara itu, pada sidang media selepas prosiding, Muhammad Shafee berkata, Najib kecewa kerana keputusan Mahkamah Persekutuan hari ini bermakna kes semakan kehakiman akan berlanjutan lebih lama.

Muhammad Shafee berkata, anak guamnya sudah menunggu selama setahun empat bulan.

“Adalah sangat jelas bahawa bukan sahaja Yang di-Pertuan Agong ke-16, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menjelaskan bahawa kewujudan adendum yang membolehkan (Najib) menjalani tahanan rumah.

“Kita juga tahu bahawa perdana menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) menyatakan dengan jelas dalam dua ucapannya bahawa adendum itu wujud tetapi ia bukan dengan beliau, tetapi orang lain. Beliau juga menjelaskan Peguam Negara) (sebelum ini) sudah mendapatnya terlebih dahulu.

“Jadi, jika adendum itu wujud, Najib dan saya tidak faham mengapa mengambil masa (untuk mendedahkannya). Ketulenan (adendum) adalah isu lain. Menyembunyikan adendum menyalahi undang-undang,” katanya.

Pada 6 Januari lalu, Najib berjaya mendapat kebenaran memulakan prosiding semakan kehakiman bagi suatu perintah memaksa kerajaan atau enam pihak lain menjawab dan mengesahkan kewujudan Titah Adendum.

Titah Adendum berkenaan dikatakan diperkenan Yang di-Pertuan Agong ke-16 yang membolehkan bekas perdana menteri menjalani baki hukuman penjaranya di bawah tahanan rumah, bersabit kesalahan penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta.

Keputusan berkenaan dicapai melalui penghakiman majoriti 2-1 oleh panel hakim terdiri daripada Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Azhahari Kamal Ramli yang bersidang bersama Datuk Seri Mohd Firuz Jaffril dan Hakim, Datuk Azizah Nawawi, yang memberi keputusan berbeza.

Penghakiman majoriti itu juga membenarkan permohonan Najib untuk mengemukakan bukti tambahan iaitu surat daripada Majlis Kesultanan Pahang kepada anaknya, Mohamad Nizar, yang mengesahkan kewujudan Titah Adendum, bagi menyokong permohonan semakan kehakimannya itu.

Najib menamakan Menteri Dalam Negeri; Komisioner Jeneral Penjara; Peguam Negara; Lembaga Pengampunan bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya; Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) (Undang-Undang dan Reformasi Institusi); Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Undang-undang di JPM serta Kerajaan Malaysia sebagai responden dalam permohonan kebenaran semakan kehakimannya.

BHonline-

Tags: Mahkamah Tinggititah adendum
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Wanita Sedang Bersarapan Maut Dilanggar MPV Terbabas

Next Post

Israel Bakal Berdepan Tuduhan Melanggar Undang-undang Antarabangsa

Related Posts

Titah Adendum: PM Sedia Bincang

Titah Adendum: PM Sedia Bincang

18/07/2025
0

PUTRAJAYA - Perdana Menteri menyatakan kesediaannya terhadap Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan pimpinan parti itu bagi...

145 Ketua UMNO Bahagian Desak PM Segera Laksanakan Titah Adendum

145 Ketua UMNO Bahagian Desak PM Segera Laksanakan Titah Adendum

18/07/2025
0

KUALA LUMPUR: Seramai 145 Ketua UMNO Bahagian seluruh negara, termasuk dari Sabah, mendesak supaya Datuk Seri Anwar Ibrahim segera mengambil...

Next Post
Israel Bakal Berdepan Tuduhan Melanggar Undang-undang Antarabangsa

Israel Bakal Berdepan Tuduhan Melanggar Undang-undang Antarabangsa

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd