• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 21, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sedia Tarik Balik Pasukan ATM Jika Keselamatan Terancam Di Myanmar- Mohamad

oleh Mohd Arshad
18/04/2025
dalam Terkini
1
Sedia Tarik Balik Pasukan ATM Jika Keselamatan Terancam Di Myanmar- Mohamad
Share on FacebookShare on Twitter

TAPAH: Malaysia bersedia menarik balik pasukan perubatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang dihantar ke Myanmar sekiranya keselamatan mereka terancam.

Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan, berkata Malaysia tidak akan berkompromi dalam soal keselamatan pegawai dan anggota yang dihantar dan pendirian tegas itu sudah dimaklumkan kepada rakan sejawat dari Myanmar, U Than Swe.

“Malaysia dah dapat ‘lampu hijau’ … dan saya sendiri meminta pihak Myanmar supaya ‘stand down’, jangan ketika negara (Myanmar) menghadapi bencana, mereka masih lagi nak bergaduh.

“Jika didapati wujud isu yang boleh memudaratkan keselamatan pasukan kita, kita tidak akan teragak-agak untuk menarik balik.

“Saya juga beritahu perkara itu kepada rakan sejawat di ASEAN dan PBB, jadi mereka (Myanmar) jangan sesekali tidak mempedulikan keselamatan pasukan kita,” katanya.

Beliau yang juga Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata demikian kepada pemberita selepas turun berkempen bersama calon BN Dr Mohamad Yusri Bakir di gerai Capati Perak di sini hari ini.

Dalam pada itu, Mohamad berkata, misi kemanusiaan yang digerakkan itu tidak bermaksud Malaysia mengiktiraf kerajaan Myanmar sedia ada, sebaliknya demi membantu rakyat negara itu yang sedang berdepan kemusnahan besar.

Malaysia menghantar pasukan perubatan ATM ke Myanmar hari ini bagi melaksanakan Operasi Bantuan Kemanusiaan (Operasi Starlight III) susulan gempa bumi kuat yang melanda negara itu pada 28 Mac lalu.

Pasukan itu terdiri 69 orang, termasuk 16 pegawai dan 53 anggota pelbagai kepakaran, antaranya ‘Forward Anaesthesia and Surgical Team’ (FAST) Hospital Medan Malaysia, elemen daripada Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD) bersama pasukan keselamatan.

Hospital Medan berkenaan akan beroperasi di kawasan Sagaing, Myanmar dan tidak menolak kemungkinan bakal berubah lokasi berdasarkan keadaan semasa.

BHonline-

Tags: Datuk Seri Mohammad HasanMyanmarpasukan ATM
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

‘Saya Masih Tidak Tahu Bila Tarikh Sebenar Eda Ezrin Akan Dibebaskan Daripada Penjara…’ – Bapa

Next Post

‘Kami Temui Paip Yang Meletup Di Putra Heights, Sekarang Dalam Kajian Forensik’ – Polis

Related Posts

Pasukan SMART Di Myanmar Selamat Tiba Di Tanah Air

Pasukan SMART Di Myanmar Selamat Tiba Di Tanah Air

07/04/2025
0

PUCHONG - Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) yang menyertai Operasi MyTeam Relief Gempa Bumi Myanmar berjaya menyelamatkan seorang...

Korban Gempa Myanmar, Thailand Cecah 700 Orang

Korban Gempa Myanmar, Thailand Cecah 700 Orang

29/03/2025
0

KYAUKSE - Angka korban akibat gempa bumi kuat yang melanda Myanmar dan Thailand meningkat melebihi 700 pada Sabtu, dengan pasukan...

Next Post
‘Kami Temui Paip Yang Meletup Di Putra Heights, Sekarang Dalam Kajian Forensik’ – Polis

'Kami Temui Paip Yang Meletup Di Putra Heights, Sekarang Dalam Kajian Forensik' - Polis

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd