• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 11, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pertandingan 3 Penjuru Di PRK Dun Ayer Kuning

oleh AK-47
12/04/2025
dalam Politik
3
Pertandingan 3 Penjuru Di PRK Dun Ayer Kuning
Share on FacebookShare on Twitter

Tapah: Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN) dan Parti Sosialis Malaysia (PSM).

BN diwakili Setiausaha UMNO Bahagian Tapah Dr Mohamad Yusri Bakir, 54, sementara PN meletakkan Pengerusi PN Tapah Abd Muhaimin Malek, 44, sebagai calon dan Timbalan Setiausaha Agung PSM Bawani KS, 40, mewakili parti itu.

Pegawai Pengurus Pilihan Raya Redhauddin Ahmad Shokori mengumumkan senarai calon yang bertanding pada 10.23 pagi, selepas proses penamaan calon di Dewan Merdeka di sini ditutup pada 10 pagi.

Terdahulu Abd Muhaimin menyerahkan borang pencalonan pada 9.01 pagi, diikuti Mohamad Yusri pada 9.06 pagi.

Bawani yang menarik perhatian ramai apabila hadir ke pusat penamaan bersama para penyokong dengan menaiki traktor sebagai gimik pula menyerahkan borang pencalonannya pada 9.15 pagi.

Sebelum itu, anggota dan pegawai polis melakukan kawalan keselamatan di pusat penamaan calon seawal 6.30 pagi bagi memastikan proses penamaan itu berjalan lancar.

Pemimpin dan para penyokong parti dilihat mula berkumpul seawal 7 pagi bagi memberikan sokongan moral kepada bakal calon masing-masing.

Mohamad Yusri yang lengkap berpakaian baju Melayu dan bersamping biru hadir ke Dewan Merdeka diiringi Pengerusi BN merangkap Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Pengerusi BN Perak Datuk Seri Saarani Mohamad dan Naib Presiden UMNO Datuk Seri Johari Abdul Ghani.

Sokongan turut dizahirkan pemimpin parti komponen Kerajaan Perpaduan, antaranya Presiden Amanah Datuk Seri Mohamad Sabu dan Pengerusi DAP Perak Nga Kor Ming.

Abd Muhaimin pula hadir bersama rombongan termasuk Timbalan Presiden PAS Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man dan Timbalan Presiden Bersatu Datuk Seri Hamzah Zainuddin.

PRK DUN Ayer Kuning diadakan susulan kematian penyandangnya Ishsam Shahruddin, 58, pada 22 Februari lalu.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian bagi PRK DUN itu pada 26 April, sementara pengundian awal pada 22 April.

-Harian Metro

Tags: PRK Dun Ayer Kuning
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kebun Durian Haram: Polis Terima 3 Laporan Penjawat Awam Dihalang Jalankan Operasi Penguatkuasaan

Next Post

Berita Tular Bayi Kembar Diculik ‘Doktor’ Tidak Benar – JKNP

Related Posts

No Content Available
Next Post
Berita Tular Bayi Kembar Diculik ‘Doktor’ Tidak Benar – JKNP

Berita Tular Bayi Kembar Diculik ‘Doktor' Tidak Benar - JKNP

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd