• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, August 11, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MPV ‘Meluncur Masuk’ Dalam Bank

oleh Mohd Arshad
12/04/2025
dalam Terkini
3
MPV ‘Meluncur Masuk’ Dalam Bank
Share on FacebookShare on Twitter

Tanjong Karang: Pelanggan sebuah bank di pekan Tanjong Karang gempar apabila kenderaan pelbagai guna (MPV) ‘meluncur masuk’ ke dalam premis itu, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Azaharudin Tajudin berkata, pihaknya menerima maklumat daripada orang awam pada jam 9 malam.

“Siasatan awal mendapati kejadian berlaku jam 8.50 malam di kawasan parkir hadapan bank itu.

“Kemalangan berlaku ketika Toyota Innova dipandu seorang lelaki berusia 37 tahun cuba berhenti di petak parkir namun tertekan pedal minyak.

“Insiden itu menyebabkan kenderaan terbabit hilang kawalan dan melanggar dinding kaca bank,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Azaharudin berkata, pemandu MPV itu yang cedera ringan di tangan dan lutut menerima rawatan di Hospital Tanjong Karang.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan siasatan lanjut masih diteruskan.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Selangor di talian 03-32891222 atau mana-mana balai polis berhampiran,” katanya.

-Harian Metro

Tags: BankMPV
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Projek Tebatan Banjir Di Kelantan Disegerakan – PM

Next Post

Mandur Hilang Selepas Tikam Dua Pekerja Warga Myanmar

Related Posts

MPV Berhenti Tukar Pemandu Punca Kemalangan Penuntut IKBN – Polis

MPV Berhenti Tukar Pemandu Punca Kemalangan Penuntut IKBN – Polis

06/06/2025
0

ALOR SETAR – Tindakan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) berhenti di tepi Lebuhraya Utara-Selatan dipercayai menjadi punca kemalangan tragis yang...

MPV Langgar Lampu Isyarat Dipercayai Punca Dua Beradik Maut

MPV Langgar Lampu Isyarat Dipercayai Punca Dua Beradik Maut

08/01/2025
0

IPOH - Tindakan kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Vellfire dipercayai gagal mematuhi lampu isyarat dipercayai menjadi punca kemalangan yang...

Next Post
Mandur Hilang Selepas Tikam Dua Pekerja Warga Myanmar

Mandur Hilang Selepas Tikam Dua Pekerja Warga Myanmar

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd