• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 23, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KPM Sasar Sekolah Seluruh Negara Guna ‘Smartboard’ Menjelang 2027

oleh Mohd Arshad
18/04/2025
dalam Terkini
0
KPM Sasar Sekolah Seluruh Negara Guna ‘Smartboard’ Menjelang 2027
Share on FacebookShare on Twitter

BAYAN LEPAS – Usaha Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memperkasa transformasi digital dalam sektor pendidikan negara terus diperkukuh apabila sasaran untuk melengkapkan semua sekolah dengan papan pintar atau ‘smartboard’ dijangka dapat direalisasikan sepenuhnya menjelang tahun 2027.

Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, dalam jangkaan dua tahun itu, KPM akan memastikan ‘smartboard’ dipasang di kesemua lebih 10,200 buah sekolah di seluruh negara.

“Kita berharap dapat melaksanakan (pemasangan sepenuhnya di semua sekolah) sebelum 2027.

“Kita juga bersedia dengan pelan sokongan lain termasuk menaik taraf pusat kegiatan guru sebagai pusat kecemerlangan untuk teknologi pendidikan,” katanya.

Fadhlina sebelum itu menghadiri Majlis Penyerahan Smartboard dan Pengisytiharan Pencapaian 100 peratus Penajaan Smartboard Sekolah-Sekolah Pulau Pinang di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bayan Lepas di sini pada Jumaat.

Menurutnya, setakat kini, Pulau Pinang telah mencapai 100 peratus pemasangan ‘smartboard’ melibatkan jumlah keseluruhan 396 buah sekolah.

“Kejayaan ini adalah hasil kerjasama erat pelbagai pihak termasuk ahli Parlimen Kerajaan Perpaduan, kerajaan negeri dan juga rakan sinergi antaranya Public Bank. Setakat ini kalau di Pulau Pinang 100 peratus, jadi negeri lain, kita sedang ikuti perkembangannya supaya dapat disegerakan juga.

“Sebab pengalaman kita, ‘smartboard’ ini bergantung kepada banyak faktor, komitmen, usaha dan juga demografi selain keperluannya. Tetapi kita tidak menafikan bagi negeri yang belum memenuhi keperluan itu.

“Kita sudah pun melengkapkan keperluan-keperluan itu sebagai hab digital dan kecerdasan buatan (AI) di pusat kegiatan guru. Jadi mana-mana negeri, daerah yang belum lengkap atau tidak ada ‘smartboard’, boleh menggunakan secara maksimum di pusat kegiatan guru yang telah kita naik taraf sebagai ‘center of excellence’ untuk hub digital dan juga AI di seluruh negara,” ujarnya.

Fadhlina turut menegaskan, walaupun teknologi memainkan peranan penting dalam memperkasa sistem pendidikan, peranan guru tidak pernah tergugat dan kekal sebagai elemen terpenting dalam pembentukan sahsiah dan moral pelajar.

“Teknologi tidak boleh mengambil alih peranan guru. Guru tetap peneraju dalam mendidik anak-anak kita dan memastikan nilai, integriti serta akhlak pelajar terus terpelihara,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Fadhlina berkata, pemakaian Jalur Gemilang pada pakaian seragam pelajar akan dilaksanakan secara berperingkat bermula 21 April ini dan akan diteruskan secara konsisten dengan penyertaan semua Jabatan Pendidikan Negeri (JPN).

Menurutnya, inisiatif tersebut merupakan sebahagian daripada usaha berterusan KPM dalam memupuk semangat patriotisme dalam kalangan generasi muda.

“Ini adalah antara komitmen besar KPM yang perlu kita sokong dan kongsikan bersama masyarakat.

“Ia merupakan satu langkah penting untuk memastikan semangat cintakan negara terus hidup dan berkembang dari masa ke masa,” katanya.

SinarHarian-

Tags: KPMPendidikanSmartboard
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

JIM Bongkar Eksploitasi Buruh Paksa Didalangi Warga Bangladesh

Next Post

‘Saya Masih Tidak Tahu Bila Tarikh Sebenar Eda Ezrin Akan Dibebaskan Daripada Penjara…’ – Bapa

Related Posts

KPM Umum 6 Berita Gembira Untuk Guru, Boleh Mohon Bertukar Selepas 2 Tahun Berkhidmat

KPM Umum 6 Berita Gembira Untuk Guru, Boleh Mohon Bertukar Selepas 2 Tahun Berkhidmat

16/05/2025
0

KUCHING: Permohonan pertukaran guru boleh dibuat selepas berkhidmat cukup dua tahun tanpa syarat adalah antara enam berita gembira diterima warga...

KPM Diminta Perhebat Profesionalisme Perguruan Seiring Keperluan Pendidikan Abad Ke-21

KPM Diminta Perhebat Profesionalisme Perguruan Seiring Keperluan Pendidikan Abad Ke-21

16/05/2025
0

KUALA LUMPUR: Institut Masa Depan Malaysia (MASA) meminta Kementerian Pendidikan (KPM) memperhebat usaha memperkukuh profesionalisme perguruan menerusi inovasi pedagogi, penyediaan...

Next Post
‘Saya Masih Tidak Tahu Bila Tarikh Sebenar Eda Ezrin Akan Dibebaskan Daripada Penjara…’ – Bapa

'Saya Masih Tidak Tahu Bila Tarikh Sebenar Eda Ezrin Akan Dibebaskan Daripada Penjara…' - Bapa

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd