• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, December 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kesilapan Papar Gambar Jalur Gemilang Tanpa Bulan Sabit Tak Boleh Diterima – Agong

oleh Mohd Arshad
16/04/2025
dalam Terkini
0
Kesilapan Papar Gambar Jalur Gemilang Tanpa Bulan Sabit Tak Boleh Diterima – Agong
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, menegaskan kesilapan memaparkan gambar Jalur Gemilang tanpa bulan sabit yang disiarkan dalam muka depan sebuah akhbar berbahasa Cina tempatan, semalam, tidak boleh diterima.

Titah Sultan Ibrahim, bendera negara adalah lambang kedaulatan dan identiti sesebuah negara yang tidak boleh dipersendakan.

Baginda bertitah, bendera bukan sekadar kain bercorak yang berwarna-warni, sebaliknya ia mewakili perjuangan, sejarah, kemerdekaan dan semangat rakyat jelata.

“Kita sebagai rakyat mengibarkan bendera dengan rasa megah dan semangat patriotik dalam kalangan masyarakat berbilang bangsa.

“Kesilapan memaparkan gambar Jalur Gemilang tanpa bulan sabit seperti disiarkan dalam muka hadapan sebuah akhbar berbahasa Cina tempatan, boleh mencetuskan sensitiviti rakyat dan tidak boleh diterima,” titah baginda dalam hantaran melalui Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, hari ini.

Seri Paduka bertitah, pihak pengurusan dan jabatan pengarang akhbar berkenaan seharusnya lebih peka serta menyemak sesuatu bahan siaran terlebih dahulu sebelum dicetak untuk siaran.

Terdahulu, media melaporkan Kementerian Dalam Negeri (KDN) memulakan siasatan serta-merta terhadap Sin Chew Daily kerana menyiarkan ilustrasi Jalur Gemilang tidak lengkap pada muka hadapan akhbar itu, semalam.

KDN dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa pihak Sin Chew Daily sudah dipanggil, hari ini, bagi tujuan siasatan dan Surat Tunjuk Sebab turut diserahkan.

Menurutnya, siasatan dijalankan mengikut Akta Lambang dan Nama (Mencegah Penggunaan Tidak Wajar) 1963 (Akta 414) serta Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 (Akta 301).

Semalam, akhbar Sin Chew Daily berdepan kritikan hebat selepas menerbitkan ilustrasi Jalur Gemilang tanpa bulan sabit pada muka hadapannya.

Dalam ilustrasi berkenaan, Jalur Gemilang dipaparkan bersama bendera China sempena liputan Lawatan Negara ke Malaysia oleh Presiden China, Xi Jinping.

Kesilapan itu mengundang kemarahan orang ramai yang menyifatkannya sebagai satu bentuk kecuaian dan tindakan tidak sensitif.

Susulan itu, pihak Sin Chew Daily mengeluarkan kenyataan permohonan maaf kepada seluruh rakyat Malaysia atas kekhilafan berkenaan.

Menurut kenyataan itu, kegagalan memaparkan bulan sabit dalam ilustrasi terbabit didakwa berpunca daripada kesilapan teknikal yang tidak disengajakan.

BHonline-

Tags: bulan sabitjalur gemilangYang di-Pertuan Agong
Share200Tweet125SendShare

Related Posts

Polis Buka Kertas Siasatan Bendera Jalur Gemilang Dipasang Terbalik

Polis Buka Kertas Siasatan Bendera Jalur Gemilang Dipasang Terbalik

27/10/2025
0

JALUR GEMILANG DIPASANG TERBALIK DI PEKAN NANAS: POLIS PONTIAN JALANKAN SIASATAN   PONTIAN – Polis Diraja Malaysia (PDRM) Ibu Pejabat...

Lagi Jalur Gemilang Dipasang Terbalik

Lagi Jalur Gemilang Dipasang Terbalik

20/08/2025
0

JOHOR BAHRU: Lagi insiden pemasangan Jalur Gemilang secara terbalik dikesan di sebuah klinik pergigian swasta dipercayai berlaku di daerah Pontian....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd