• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kawasan Jajaran Paip Gas PETRONAS Di Pendang Diceroboh Untuk Dapatkan Tanah Merah – EXCO Kedah

oleh Mohd Arshad
23/04/2025
dalam Terkini
2
Kawasan Jajaran Paip Gas PETRONAS Di Pendang Diceroboh Untuk Dapatkan Tanah Merah – EXCO Kedah
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR: Kerajaan negeri mengesan aktiviti pencerobohan di kawasan jajaran laluan paip gas milik PETRONAS di dua kawasan di Pendang.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Kesihatan negeri, Mansor Zakaria, berkata kejadian itu dikesan Majlis Daerah Pendang dan sudah dimaklumkan kepada pihak PETRONAS.

“Tadi saya ada bangkitkan perkara ini dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN)… kejadian pencerobohan ini berlaku berdekatan Kampung Sungai Jagung dan Kampung Padang Pusing.

“Ia berlaku di kawasan ladang di tanah yang kosong dan dekat rizab jalan. Di rizab jalan ada beberapa buah rumah, ada orang pi (pergi) korek tanah di kawasan itu, tapi depa korek tak dalam, paip gas itu ditanam kedalaman lebih 21 kaki (6.4 meter).

“Bagaimanapun kita takut lama-lama ia semakin dalam dan boleh mengundang bahaya dan kita tak mahu insiden di Putra Height berulang (di Pendang),” katanya ketika ditemui selepas Sidang DUN hari ini.

Mansor berkata, beliau difahamkan segelintir individu didakwa menceroboh kawasan itu untuk mengambil dan mengeluarkan tanah merah untuk membuat rumah dan sebagainya.

“Ada kemungkinan kejadian itu sudah berlaku dua hingga tahun lalu.

“Kita sudah meminta menutup kawasan itu sama ada letak tali atau tanda supaya tiada lagi pencerobohan berlaku, sebab ini bidang kuasa PETRONAS ,” katanya.

Beliau berkata, kerajaan negeri sudah meminta Utiliti Infra Darul Aman (UiDA) untuk bekerjasama dengan PETRONAS melakukan pemetaan semula dengan memasukkan semua jajaran paip gas PETRONAS dalam peta.

“Selepas ini jika ada pembangunan ke hadapan atau berkaitan kebenaran merancang, kita boleh memaklumkan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) bahawa kawasan itu mempunyai paip gas supaya tidak ada sebarang pembangunan di kawasan berkenaan,” jelasnya.

Terdahulu, pada sidang DUN, Mansor berkata, perbincangan dengan semua pihak termasuk UIDA untuk membuat pemetaan semula laluan paip gas seluruh Kedah penting supaya tidak berlaku pertindihan dengan pembangunan masa depan.

BHonline-

Tags: jajaran paip gaspetronas
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PETRONAS Rujuk Mahkamah Persekutuan Selesai Isu Petroleum Di Sarawak

PETRONAS Rujuk Mahkamah Persekutuan Selesai Isu Petroleum Di Sarawak

12/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Petroliam Nasional Bhd (PETRONAS) memfailkan suatu notis usul di Mahkamah Persekutuan, Putrajaya bagi mendapatkan penjelasan berhubung kerangka kawal...

PETRONAS, MKN Masih Belum Perincikan Bentuk Ancaman Loji LNG Bintulu

PETRONAS, MKN Masih Belum Perincikan Bentuk Ancaman Loji LNG Bintulu

09/09/2025
0

KUALA LUMPUR: Petroliam Nasional Bhd (PETRONAS) bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa berhubung arahan Majlis Keselamatan Negara (MKN) supaya semua fasiliti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd