• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, December 5, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kanak-Kanak 3 Tahun Nyaris Maut, Tercampak Keluar Kereta Dipandu Bapa

oleh Mohd Arshad
07/04/2025
dalam Terkini
0
Kanak-Kanak 3 Tahun Nyaris Maut, Tercampak Keluar Kereta Dipandu Bapa
Share on FacebookShare on Twitter

LIPIS : Seorang kanak-kanak berusia tiga tahun dipercayai tercampak dan tercicir dari kereta yang dipandu bapanya di KM 7, Jalan Lipis-Marapoh, dekat sini , hari ini.

Ketika kejadian berlaku, kereta berkenaan dalam perjalanan dari sebuah kedai perkakas binaan di Tempoyang menghala ke Simpang Tempoyang.

Ketika membuat pusingan U, kanak-kanak itu dipercayai tercampak keluar kereta melalui tingkap yang terbuka.

Ketua Polis Daerah Lipis, Superintedan Iamail Man berkata, kebetulan seorang orang awam yang melalui jalan itu menjumpai kanak-kanak itu yang luka di bahagian muka berseorangan di tepi jalan.

“Orang awam itu menghantar kanak-kanak itu Balai Polis Padang Tengku dan bapa kanak-kanak itu telah dimaklumkan ketika membuat laporan polis di Balai Polis Kuala Lipis bahawa anaknya berada di Klinik kesihatan Padang Tengku dan sedang menerima rawatan.

“Akibat kemalangan itu, kanak-kanak itu yang mengalami kecederaan dan menerima rawatan susulan di Hospital Kuala Lipis,” katanya.

Katanya, siasatan awal mendapati, kanak-kanak itu dipercayai terjatuh dari kenderaan melalui tingkap belakang kereta yang terbuka.

“Ketika kejadian itu, pemandu kenderaan itu memberhentikan keretanya untuk mengangkat penggilan telefon dan tidak menyedari anaknya tercicir.

“Kes masih disiasat oleh pihak polis di bawah Seksyen 337 Kanun Keseksaan,” katanya.

Beliau berkata, polis memohon kerjasama mana-mana pihak yang melihat kejadian itu untuk tampil membantu siasatan.

-Berita Harian

Tags: keretamaut
Share199Tweet125SendShare

Related Posts

‘Pelajar Perempuan Itu Ditikam Beberapa Kali Di Bahagian Badan, Kita Rampas 2 Senjata Tajam’ – Polis

‘Pelajar Perempuan Itu Ditikam Beberapa Kali Di Bahagian Badan, Kita Rampas 2 Senjata Tajam’ – Polis

14/10/2025
0

KUALA LUMPUR: Dua senjata tajam dipercayai digunakan pelajar Tingkatan Dua dalam kes bunuh pelajar perempuan Tingkatan Empat di sebuah sekolah...

Pelajar Perempuan Tingkatan 4 Maut Dipercayai Ditikam Pelajar Lelaki Tingkatan 2

Pelajar Perempuan Tingkatan 4 Maut Dipercayai Ditikam Pelajar Lelaki Tingkatan 2

14/10/2025
0

KUALA LUMPUR: Seorang pelajar perempuan Tingkatan Empat di sebuah sekolah di Bandar Utama, Petaling Jaya, maut selepas dipercayai ditikam seorang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd