• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 30, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Ismail Sabri Dipanggil SPRM Lagi Jika Gagal Kemuka Dokumen Isytihar Harta’ – Azam Baki

oleh Mohd Arshad
10/04/2025
dalam Terkini
3
‘Ismail Sabri Dipanggil SPRM Lagi Jika Gagal Kemuka Dokumen Isytihar Harta’ – Azam Baki
Share on FacebookShare on Twitter

Kota Kinabalu: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, akan dipanggil semula memberi keterangan semula kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) jika gagal mengemukakan dokumen perisytiharan harta yang diarahkan dalam tempoh dua minggu.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, berkata fasa pertama siasatan terhadap bekas Perdana Menteri itu sudah dilaksanakan.

“Siasatan kini beralih ke fasa seterusnya. Oleh itu, saya sudah mengarahkan untuk beliau dipanggil semula dalam masa terdekat.

“Beliau akan ditanya mengenai pengisytiharan harta yang belum selesai. Kita sedang menunggu dokumen terbabit, namun jika tidak menerima dokumen diperlukan, beliau akan dipanggil untuk memperjelaskan antara lain mengenai dokumen berkenaan, kenapa begitu lambat dan sebagainya.” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang akhbar selepas menyempurnakan Majlis Cakna Rasuah SPRM bersama Media Sabah hari ini.

Terdahulu, proses merekod keterangan difahamkan akan memasuki fasa yang menumpukan pengisytiharan harta.

Kali terakhir Ismail Sabri diambil keterangan oleh SPRM Putrajaya pada 24 Mac lalu, untuk siasatan kes rasuah dan pengubahan wang haram berhubung perbelanjaan dan perolehan dana untuk promosi serta publisiti program Keluarga Malaysia bagi tempoh perkhidmatan dari Ogos 2021 hingga November 2022.

Kes disiasat mengikut Akta SPRM 2009 serta Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.

BHonline-

Tags: dokumen isytihar hartaIsmail SabriSPRM
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Penangguhan Tarif AS Beri Kelegaan Sementara – PM Anwar

Next Post

Bayi Lelaki Lima Bulan Meninggal Dunia Di Taska

Related Posts

Pelbagai Soalan Serius Wujud Mengenai Rancangan SPRM Lucut Hak Aset Daim

Pelbagai Soalan Serius Wujud Mengenai Rancangan SPRM Lucut Hak Aset Daim

29/05/2025
0

PETALING JAYA: Walaupun Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kekal 'teguh' dalam usaha untuk melucut hak aset milik bekas Menteri Kewangan,...

‘Duit Dirampas Dalam Kes Ismail Sabri Paling Banyak Pernah Dilihat Sepanjang Karier Saya’ – Azam Baki

‘Duit Dirampas Dalam Kes Ismail Sabri Paling Banyak Pernah Dilihat Sepanjang Karier Saya’ – Azam Baki

28/05/2025
0

KAJANG: Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki mengakui rampasan wang tunai bernilai RM177 juta dalam...

Next Post
Bayi Lelaki Lima Bulan Meninggal Dunia Di Taska

Bayi Lelaki Lima Bulan Meninggal Dunia Di Taska

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd