• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 24, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dokumentari Khas Tun Abdullah Akan Ditayang

oleh AK-47
15/04/2025
dalam Terkini
0
Dokumentari Khas Tun Abdullah Akan Ditayang
Share on FacebookShare on Twitter

Kuala Lumpur: Dokumentari khas mengenai Tun Abdullah Ahmad Badawi akan ditayangkan bagi menunjukkan profil pencapaian semasa menjadi perdana menteri serta mengenang jasa dan legasi Allahyarham.

Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil berkata bagi tujuan itu, Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) bersama-sama Radio Televisyen Malaysia (RTM) serta Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen), akan menyediakan bahan berkaitan bagi penyiaran dokumentari khas berkenaan.

“Memang ada beberapa perkara (bahan) yang dah disediakan, tapi saya minta dipertingkatkan.

“Kita ingin rakyat mengenang kembali khidmat jasa dan bakti Allahyarham Tun Abdullah, terutama untuk generasi yang mungkin lahir pada waktu itu dan mereka langsung tidak mengenali.

“Jadi saya harap kandungan yang dihasilkan dapat menceritakan serba sedikit perubahan dari segi beberapa keputusan yang dibuat oleh kerajaan pada waktu itu, yang tidak memberi fokus kepada projek mega sahaja tapi pembangunan ekonomi yang lebih manusiawi,” katanya kepada media di Wisma Bernama hari ini.

Turut hadir Pengerusi Bernama Datuk Seri Wong Chun Wai, Ketua Pegawai Eksekutif Bernama Datin Paduka Nur-ul Afida Kamaludin dan Ketua Pengarang Bernama Arul Rajoo Durar Raj.

Fahmi berkata antara pencapaian Tun Abdullah semasa menjadi Perdana Menteri dari 2003 hingga 2009, termasuk penerapan konsep Islam Hadari yang sederhana, namun berkeyakinan.

“Saya rasa ini satu pencapaian yang baik, terutama pada waktu itu ada Islamophobia yang sangat besar, pascaperistiwa serangan 11 September di Amerika Syarikat, jadi ini antara sumbangan Allahyarham Tun Abdullah kepada negara,” katanya.

Tun Abdullah, 85, menghembuskan nafas terakhir di Institut Jantung Negara (IJN) pada 7.10 malam tadi dan telah selamat dikebumikan di Makam Pahlawan, Masjid Negara kira-kira 2.30 petang mengikut Istiadat Pengebumian Negara

-Harian Metro

Tags: dokumentariTun Abdullah
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kumpulan Pelajar Berpakaian Mirip KKK, Ini Penjelasan UiTM

Next Post

Lawatan Rasmi Xi Jinping: Kesesakan Lalu Lintas Ditangani Sebaiknya

Related Posts

Pejabat Al Jazeera Diserbu Polis

04/08/2020
0

KUALA LUMPUR - Polis melakukan pemeriksaan mengejut ke atas pejabat stesen penyiaran antarabangsa Al Jazeera di sini hari ini. Selain...

Penerbit Malaysia Terkejut Tercalon Oscar

17/01/2020
0

PENCALONAN bagi anugerah berprestij, Anugerah Oscar yang diumumkan Isnin lalu ternyata memberi kejutan buat dua penerbit dari Malaysia apabila St Louis...

Next Post
Lawatan Rasmi Xi Jinping: Kesesakan Lalu Lintas Ditangani Sebaiknya

Lawatan Rasmi Xi Jinping: Kesesakan Lalu Lintas Ditangani Sebaiknya

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd