• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

TMJ Titah Sukarelawan Segera Bantu Mangsa Banjir

oleh Mohd Arshad
23/03/2025
dalam Terkini
0
TMJ Titah Sukarelawan Segera Bantu Mangsa Banjir
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU: Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail, menitahkan sukarelawan Southern Volunteers memberi bantuan segera kepada mangsa banjir.

Tunku Mahkota Ismail bertitah, bantuan segera terutama membantu membersihkan kawasan terjejas banjir adalah perlu bagi meringankan beban mangsa.

Terdahulu, Pemangku Sultan Johor berangkat melawat dan memberikan sumbangan kepada keluarga yang terkesan dengan bencana banjir di Taman Tampoi Indah, di sini, hari ini.

Baginda turut meluangkan masa menyantuni sukarelawan pembersihan yang membersihkan Masjid Taman Tampoi Indah.

Banjir melanda negeri ini bermula Rabu lalu itu disifatkan penduduk terjejas sebagai antara terburuk pernah melanda selepas bencana banjir besar 2006, 19 tahun lalu.

Ia mengakibatkan banyak rumah penduduk ditenggelami air bah sehingga paras bumbung, selain menyebabkan ramai mangsa dilaporkan terperangkap di kediaman aras tinggi sehingga terpaksa memohon bantuan makanan.

Bencana banjir yang melanda enam daerah di negeri ini susulan taburan hujan luar biasa mencecah 150 milimeter (mm) berbanding purata hanya 20 mm, ditambah fenomena air pasang sekitar 3.0 meter, yang telah menyebabkan banjir luar jangka.

Semalam, jumlah mangsa banjir di Johor mencapai angka tertinggi dengan 13,089 orang daripada 3,749 keluarga yang ditempatkan di 95 pusat pemindahan sementara (PPS) di enam daerah terjejas.

Bagaimanapun, situasi banjir di Johor menunjukkan perkembangan baik hari ini, apabila hanya lima daerah masih terjejas banjir dengan mangsa terjejas berkurangan kepada 4,597 orang terdiri daripada 1,481 keluarga di 29 PPS, setakat jam 4 petang.

BHonline-

Tags: mangsa banjirSouthern VolunteersTMJ
Share199Tweet124SendShare

Related Posts

Sambutan Hebat Rakyat Johor Di Rumah Terbuka Istana Johor

Sambutan Hebat Rakyat Johor Di Rumah Terbuka Istana Johor

23/03/2026
0

Oleh Mynewshub JOHOR BAHRU – Suasana penuh meriah menyelubungi Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Istana Johor apabila kira-kira 25,000...

Tunku Mahkota Ismail Ucap Selamat Hari Raya, Doa Kesejahteraan Umat Islam Sedunia

Tunku Mahkota Ismail Ucap Selamat Hari Raya, Doa Kesejahteraan Umat Islam Sedunia

21/03/2026
0

Oleh Mynewshub JOHOR BAHRU – Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail menzahirkan ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri 1447 Hijrah kepada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd