• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 25, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

TIADA MASA BERDUKA LARA…TMJ Terima Kekalahan JDT Dengan Tenang – Terus Mulakan Rancangan Menambah Baik Kualiti Pasukan

oleh Mohd Arshad
12/03/2025
dalam Utama & Sensasi
0
TIADA MASA BERDUKA LARA…TMJ Terima Kekalahan JDT Dengan Tenang – Terus Mulakan Rancangan Menambah Baik Kualiti Pasukan
Share on FacebookShare on Twitter

PEMANGKU Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim (TMJ), telah menunjukkan sikap tenang dan bertanggungjawab selepas kekalahan Johor Darul Ta’zim (JDT) kepada Buriram United 0-1 dalam perlawanan Liga Juara-Juara Asia Elite (ACLE) malam tadi.

Baginda menzahirkan rasa bangga terhadap usaha pasukan yang berjuang keras untuk mencapai tahap yang lebih tinggi, walaupun tidak bernasib baik dalam perlawanan tersebut.

Jika diperhatikan, sejak malam tadi lagi, sebaik keputusan berakhir, TMJ terus bertitah mengambil tanggungjawab penuh atas kekalahan itu dan menekankan bahawa pihak pengurusan telah mengenal pasti kelemahan yang perlu diperbaiki.

Ternyata baginda tidak membuang masa berduka lara atau kecewa melampau, sebaliknya terus buat kerja sebaik wisel penamat ditiupkan.

Baginda menyatakan bahawa perancangan baharu telah dirangka sejak beberapa bulan lalu untuk memperkukuh pasukan JDT.

Dalam perlawanan malam tadi, JDT menunjukkan semangat juang yang tinggi, namun terpaksa akur dengan keputusan yang tidak memihak kepada pasukan itu.

TMJ menekankan bahawa kekalahan ini akan dijadikan sebagai motivasi untuk melakukan perubahan dan penambahbaikan bagi memastikan JDT terus bersaing di peringkat tertinggi bola sepak Asia.

Sikap proaktif TMJ dalam menghadapi kekalahan ini mencerminkan komitmen baginda untuk memastikan JDT terus maju dan mencapai kejayaan yang lebih gemilang pada masa hadapan.

Tidak berakhir di situ, satu sesi soal jawab (Q&A) bersama baginda akan berlangsung jam 10:30 malam.

Acara itu akan diadakan di kafeteria JDT di Pusat Latihan JDT, Padang Seri Gelam.

Acara ini berkemungkinan besar bertujuan untuk membolehkan TMJ berinteraksi secara langsung dengan peminat JDT, berkemungkinan membincangkan prestasi pasukan, hala tuju masa depan, serta menjawab sebarang pertanyaan daripada penyokong.

Seperti yang diketahui, penyokong JDT adalah pemain ke-12 pasukan. Justeru, engagement dengan mereka untuk mendapatkan buah fikiran dan perspektif baru adalah amat penting.

Apa yang Tuanku lakukan dalam masa kurang 24 jam sejak semalam memberikan gambaran mengapa JDT sebenarnya pasukan bola sepak terhebat dalam sejarah Malaysia.

Umpama tiada masa untuk berduka lara….tetapi hanya ada masa untuk terus buat kerja…..

Bukan sekadar kuasa duit, tetapi ternyata kehebatan TMJ mentadbir JDT adalah kunci utama kekuatan pasukan itu.

-MYNEWSHUB

Tags: JDTTunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kes Bunuh Pelajar Kolej Vokasional: Tertuduh Pertama Dakwa Hanya Tolak, Tepis Bahu Mangsa

Next Post

Terima Nasihat Presiden UMNO Dengan Hati Terbuka – Tengku Zafrul

Related Posts

Ada JDT Kata Nak Tarik Diri – TMJ

Ada JDT Kata Nak Tarik Diri – TMJ

05/05/2025
0

PEMILIK kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Mahkota Ismail mendedahkan bahawa perbelanjaan kelab Harimau Selatan adalah antara yang paling rendah...

Bidoglio Bangga Dengan Prestasi JDT

Bidoglio Bangga Dengan Prestasi JDT

17/04/2025
1

KETUA Jurulatih Johor Darul Ta’zim (JDT), Hector Bidoglio melahirkan rasa bangga dengan komitmen ditunjukkan barisan pemainnya selepas berjaya mencatat kemenangan...

Next Post
Terima Nasihat Presiden UMNO Dengan Hati Terbuka – Tengku Zafrul

Terima Nasihat Presiden UMNO Dengan Hati Terbuka - Tengku Zafrul

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd