• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 21, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sekolah Wajib Ikut SOP KPM, Elak Tragedi Berulang

oleh AK-47
01/03/2025
dalam Terkini
0
Sekolah Wajib Ikut SOP KPM, Elak Tragedi Berulang
Share on FacebookShare on Twitter

Jelebu: Semua pentadbir sekolah wajib mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetap dalam melaksanakan aktiviti sukan dan kokurikulum

Pengarah Pendidikan Negeri Sembilan Khalidah Omar berkata, antara SOP itu adalah keperluan mendapat kebenaran ibu bapa serta penilaian risiko sebelum aktiviti dijalankan.

Katanya, sekolah juga diingatkan mematuhi panduan Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 9 Tahun 2000 dan surat siaran Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Bil 3 Tahun 2023 yang diedarkan kepada Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan sekolah terutama ketika kejohanan merentas desa di peringkat sekolah.

“Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan (JPNS) sudah melaksanakan aktiviti sukan dan kokurikulum mengikut takwim bermula dengan aktiviti merentas desa dan diikuti 23 jenis sukan lain selepas ini.

“Oleh yang demikian, sekolah perlu mematuhi semua SOP yang ditetapkan. Malah guru, murid dan pelajar perlu diberi taklimat keselamatan sebelum sebarang aktiviti luar sekolah dan lasak dijalankan.

“Selain itu semua peralatan dan kelengkapan yang digunakan dalam setiap aktiviti mesti berada dalam keadaan baik dan selamat digunakan,” katanya semalam.

Khalidah berkata pengawasan berterusan dan pemantauan rapi oleh guru dan fasilitator bertanggungjawab adalah perlu bagi memastikan keselamatan murid dan pelajar sepanjang aktiviti dijalankan.

Media sebelum ini melaporkan kejadian seorang pelajar lelaki sebuah sekolah menengah di Sungai Petani, Kedah, meninggal dunia selepas menyertai aktiviti merentas desa, Khamis lalu..

Mangsa, Muhammad Haziq Uzayr Hairuddin, 16, dipercayai rebah selepas berjaya menamatkan merentas desa sejauh enam kilometer itu sebaik tiba di garisan penamat sekolah berkenaan.

-Harian Metro

Tags: SOP
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

SPRM Akan Panggil Semula Ismail Sabri Bantu Siasatan

Next Post

UK ‘Bantu’ Keluar Senjata Di Ukraine

Related Posts

Jawi Nilai Semula SOP Keselamatan Masjid

Jawi Nilai Semula SOP Keselamatan Masjid

03/01/2025
0

KUALA LUMPUR - Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) diarahkan menilai semula prosedur operasi standard (SOP) keselamatan masjid susulan kejadian...

Dakwaan Pelakon Siasatan Tanpa SOP Tidak Bertanggungjawab – Polis

Dakwaan Pelakon Siasatan Tanpa SOP Tidak Bertanggungjawab – Polis

08/09/2024
0

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyangkal dakwaan bahawa siasatan berkaitan 14 laporan polis dibuat keluarga penyanyi dan pelakon, Betty...

Next Post
UK ‘Bantu’ Keluar Senjata Di Ukraine

UK 'Bantu' Keluar Senjata Di Ukraine

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd