• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 21, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pesara Guru Rugi RM200,000 Ditipu ‘Wakil Pejabat Kesihatan’

oleh Mohd Arshad
29/03/2025
dalam Jenayah
1
Pesara Guru Rugi RM200,000 Ditipu ‘Wakil Pejabat Kesihatan’
Share on FacebookShare on Twitter

Kuantan: Pesara guru kerugian RM200,000 selepas terpedaya dengan kes penipuan secara dalam talian oleh ‘wakil pejabat kesihatan’.

Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman berkata, berdasarkan laporan semalam, wanita itu menerima panggilan daripada suspek pada 14 Februari lalu.

Menurutnya, suspek mendakwa mangsa mempunyai tunggakan bil rawatan berjumlah RM68,000.

“Apabila menafikan perkara itu, mangsa dimaklumkan bahawa akaun bank miliknya terbabit dalam aktiviti pengubahan wang haram.

“Suspek kemudian mengarahkan mangsa berhubung dengan beberapa individu yang kononnya pegawai polis untuk menyelesaikan kes itu.

“Akibat terpedaya, mangsa membuat tujuh transaksi pemindahan wang kepada satu akaun bank yang diberikan suspek yang keseluruhannya berjumlah RM200,000.

“Mangsa hanya menyedari dirinya ditipu selepas membuat semua transaksi itu dan sumber kewangan daripada simpanan sendiri.

“Kes ini disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Susulan kes itu, Yahaya menasihati orang ramai supaya tidak melayan panggilan yang mencurigakan daripada individu yang tidak dikenali terutama membabitkan arahan pemindahan wang atau pengesahan maklumat peribadi.

“Masyarakat juga diingatkan supaya membuat semakan nombor akaun dan nombor telefon yang diterima di pautan https://semakmule.rmp.gov.my terlebih dahulu sebelum membuat sebarang transaksi wang,” katanya.

-Harian Metro

Tags: Pesara Guruscam
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Judi Di Bengkel Kononnya Nak Cari Duit Beli Baju Raya, 14 Lelaki Ditahan

Next Post

Kekasih Adik Enggan Buka Purdah, Rupa-Rupanya Lelaki

Related Posts

OKU Rugi Lebih Setengah Juta Terperdaya Tawaran Kerja Tidak Wujud

OKU Rugi Lebih Setengah Juta Terperdaya Tawaran Kerja Tidak Wujud

19/07/2025
0

GEORGETOWN: Pembuat kek yang juga lelaki berstatus orang kurang upaya (OKU) kerugian RM523,350 akibat terperdaya dengan tawaran kerja tidak wujud....

‘Sedekah’ RM649,150 Kepada Scammer

‘Sedekah’ RM649,150 Kepada Scammer

21/05/2025
0

Kuantan: Mudah sangat ditipu apabila seorang kerani sanggup menyerahkan wang berjumlah RM649,150 selepas dipelawa menyertai pelaburan tidak wujud melalui media...

Next Post
Kekasih Adik Enggan Buka Purdah, Rupa-Rupanya Lelaki

Kekasih Adik Enggan Buka Purdah, Rupa-Rupanya Lelaki

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd