• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, February 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pentadbiran Trump Tersilap Kongsi Pelan Perang Yaman Dengan Wartawan

oleh Mohd Arshad
25/03/2025
dalam Terkini
3
Pentadbiran Trump Tersilap Kongsi Pelan Perang Yaman Dengan Wartawan
Share on FacebookShare on Twitter

WASHINGTON – Pentadbiran Donald Trump berdepan kontroversi terbaru apabila seorang wartawan secara tidak sengaja dimasukkan ke dalam kumpulan perbincangan sulit mengenai rancangan ketenteraan Amerika Syarikat (AS) untuk menyerang kumpulan bersenjata Houthi di Yaman.

Wartawan terbabit, Jeffrey Goldberg, yang juga Ketua Pengarang The Atlantic, terkejut apabila mendapati dirinya berada dalam kumpulan sembang Signal yang dinamakan ‘Houthi PC Small Group’ bersama 18 pegawai kanan pentadbiran Trump.

Goldberg dalam laporannya mendedahkan bahawa beliau segera memadam maklumat sensitif yang diperolehnya termasuk butiran mengenai seorang pegawai Agensi Perisikan Pusat (CIA) dan operasi yang sedang berjalan.

Sementara itu, Jurucakap White House, Brian Hughes, mengesahkan kepada The Guardian bahawa mesej yang bocor itu adalah tulen.

“Ini nampaknya adalah rangkaian mesej sebenar, dan kami sedang menyiasat bagaimana nombor yang tidak sepatutnya telah ditambah ke dalam kumpulan ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Hughes turut mempertahankan pegawai terlibat dengan mendakwa perbincangan mereka menunjukkan penyelarasan dasar yang mendalam dan teliti serta menyatakan operasi ketenteraan tersebut berjaya.

Bagaimanapun, pendedahan itu turut membongkar perbualan mengejutkan antara pegawai tinggi AS.

Menurut laporan The Guardian, Naib Presiden, JD Vance meluahkan rasa tidak puas hati terhadap beban yang ditanggung AS dalam mempertahankan laluan perkapalan global dengan berkata, “Saya benci perlu menyelamatkan Eropah sekali lagi.”

Setiausaha Pertahanan AS, Pete Hegseth pula bersetuju dengan pandangan itu, malah menyifatkan kebergantungan Eropah kepada sokongan ketenteraan AS sebagai memalukan.

Ketika diminta mengulas mengenai insiden itu, Trump hanya menjawab secara ringkas, “Saya tidak tahu apa-apa tentangnya. Saya bukan peminat The Atlantic.”

Bagaimanapun, Setiausaha Akhbar White House, Karoline Leavitt, kemudian mengeluarkan kenyataan bahawa Trump masih mempunyai kepercayaan penuh terhadap pasukan keselamatan negaranya.

Kebocoran maklumat ini mencetuskan kebimbangan dalam kalangan pakar keselamatan dan ahli politik.

Wakil Demokrat, Pat Ryan yang juga seorang veteran tentera menyifatkan keadaan itu sebagai fubar iaitu istilah tentera yang merujuk kepada situasi yang huru-hara.

Beliau menuntut siasatan segera dan mengancam untuk mengadakan sesi pendengaran sendiri jika pihak Republikan di Dewan Perwakilan enggan mengambil tindakan. 

-Agensi

Tags: Trumpwartawan
Share201Tweet126SendShare

Related Posts

Venezuela Akan ‘Serahkan’ Sehingga 50 Juta Tong Minyak Kepada AS – Trump

Venezuela Akan ‘Serahkan’ Sehingga 50 Juta Tong Minyak Kepada AS – Trump

07/01/2026
0

WASHINGTON - Presiden Amerika Syarikat (AS) , Donald Trump pada Selasa berkata bahawa kerajaan interim Venezuela akan menyerahkan sehingga 50...

Wartawan Diserang 2 Individu, Dirakam Video

Wartawan Diserang 2 Individu, Dirakam Video

25/11/2025
0

KUALA LUMPUR: Wartawan veteran dan pengasas TwentyTwo13, Haresh Deol, diserang dua individu ketika ingin masuk ke dalam keretanya di Bangsar,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd