• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 30, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pelajar IPT Parah Ditikam Rakan Lelaki Di Kampus

oleh Mohd Arshad
17/03/2025
dalam Utama & Sensasi
0
Pelajar IPT Parah Ditikam Rakan Lelaki Di Kampus
Share on FacebookShare on Twitter

SUNGAI PETANI – Seorang pelajar perempuan parah selepas ditikam oleh rakan lelaki dalam kejadian di sebuah kampus institusi pengajian tinggi (IPT) di daerah ini pada Isnin.

Dalam kejadian yang berlaku sekitar jam 10.30 pagi itu, mangsa mengalami kecederaan serius di bahagian belakang badan akibat tikaman.

Difahamkan, kedua-dua mereka, masing-masing berusia 19 tahun, merupakan pelajar asasi di IPT berkenaan.

Kejadian dipercayai berlaku ketika mangsa bersama beberapa rakan sedang berjalan menuju ke perpustakaan sebelum dihampiri suspek, yang dikatakan merupakan bekas teman lelakinya.

Suspek kemudian bertindak menikam belakang badan mangsa sehingga mangsa rebah.

Semasa bergelut dengan mangsa, suspek dipercayai mengalami kecederaan pada tangan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Wan Azharuddin Wan Ismail, mengesahkan bahawa suspek telah ditahan.

“Susulan laporan kejadian yang dibuat oleh pihak keselamatan universiti pagi tadi, kita berjaya menahan suspek ketika dia mendapatkan rawatan di klinik kampus berkenaan,” katanya.

Menurutnya, mangsa kini masih menerima rawatan di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) dan berada dalam keadaan sedar serta stabil.

Kes disiasat mengikut Seksyen 324/326 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja mendatangkan kecederaan menggunakan senjata berbahaya.

SinarHarian-

Tags: Pelajar IPT
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

‘Abang Viva’ Ceraikan Isteri Dengan Talak Satu

Next Post

Hina Nabi: Bukit Aman Terima 13 Laporan, Sedang Siasat Akaun FB Ainon Mohd

Related Posts

Subsidi RM300 Pelajar IPT Dalam Sabah Pulang Ke Kampung – Hajiji

Subsidi RM300 Pelajar IPT Dalam Sabah Pulang Ke Kampung – Hajiji

03/11/2024
0

KOTA KINABALU - Kerajaan Sabah akan memberikan bantuan subsidi RM300 kepada pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta dalam...

Pelajar IPT Boleh Mohon Baucar Buku RM100 Bermula Hari Ini

Pelajar IPT Boleh Mohon Baucar Buku RM100 Bermula Hari Ini

30/10/2024
0

KUALA LUMPUR - Pelajar Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) boleh membuat permohonan baucar buku fasa kedua bernilai RM100 bermula hari ini...

Next Post
Hina Nabi: Bukit Aman Terima 13 Laporan, Sedang Siasat Akaun FB Ainon Mohd

Hina Nabi: Bukit Aman Terima 13 Laporan, Sedang Siasat Akaun FB Ainon Mohd

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd