• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 25, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lelaki Ugut Bunuh Firdaus Wong Ditahan

oleh Mohd Arshad
23/03/2025
dalam Utama & Sensasi
1
Lelaki Ugut Bunuh Firdaus Wong Ditahan
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Polis menahan lelaki yang dipercayai menghantar mesej ugutan bunuh kepada seorang pendakwah menerusi laman sosial Facebook, pada Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja’afar, berkata pihaknya menerima laporan daripada mangsa kira-kira jam 4.18 petang, kelmarin.

Menurutnya, mangsa mendakwa menerima mesej suara berbaur cacian dan ugutan bunuh daripada suspek, menyebabkan dia merasa risau akan keselamatannya.

“Bertindak atas laporan yang diterima, polis menjalankan siasatan dan berjaya menahan seorang lelaki tempatan yang dipercayai terbabit dalam kes ini.

“Suspek ditahan kira-kira jam 1.30 tengah hari, semalam di pekarangan Balai Polis Damansara,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurut beliau, dalam tangkapan itu, pihak polis turut merampas sebuah telefon bimbit yang dipercayai digunakan untuk menghantar mesej ugutan tersebut.

“Suspek kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah.

“Siasatan turut dijalankan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, iaitu penyalahgunaan perkhidmatan rangkaian telekomunikasi,” katanya.

Shahrulnizam berkata polis memandang serius kes ancaman dan ugutan sebegini kerana ia boleh menggugat ketenteraman awam.

“Kami menasihatkan orang ramai supaya lebih berhemah dalam penggunaan media sosial dan tidak menyalahgunakannya untuk tujuan menakut-nakutkan individu lain

“Kes masih dalam siasatan, dan polis tidak menolak kemungkinan lebih banyak tindakan susulan akan diambil bergantung kepada perkembangan siasatan,” katanya.

Dalam pada itu, beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes ini untuk tampil membantu siasatan dengan menghubungi Bilik Gerakan IPD Petaling Jaya di talian 03-79662222 atau Pegawai Penyiasat, Inspektor Muhamad Shahiren Ibrahim di talian 019-5693864.

Media sebelum ini melaporkan pendakwah bebas, Firdaus Wong membuat laporan polis selepas mendakwa menerima ugutan bunuh di media sosial Facebook, susulan kenyataannya berhubung isu pembinaan kuil atas tanah milik pihak lain.

Firdaus, 40, berkata ugutan itu diterima dalam mesej peribadi Facebook oleh satu akaun media sosial berkenaan.

Katanya, individu terbabit secara terang dan jelas mengugut untuk membunuhnya jika berjumpa dan ugutan terbabit diulang sebanyak dua kali.

BHonline-

Tags: ditahanFirdaus WongUgut
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Piastri Ungguli GP China

Next Post

TMJ Titah Sukarelawan Segera Bantu Mangsa Banjir

Related Posts

2 Beranak Ditahan Kes Mayat Bayi Dijumpai Dalam Tandas Stesen Minyak

2 Beranak Ditahan Kes Mayat Bayi Dijumpai Dalam Tandas Stesen Minyak

26/03/2025
0

SUNGAI BESAR: Polis menahan seorang wanita dan anak perempuannya bagi membantu siasatan kes penemuan mayat bayi lelaki dalam mangkuk tandas...

Bergaduh Kerana Nahas, 10 Lelaki Ditahan

Bergaduh Kerana Nahas, 10 Lelaki Ditahan

08/02/2025
0

JEMPOL: Kemalangan di Taman ACBE, Bahau di sini jam 10 malam tadi menjadi punca pergaduhan dua kumpulan sebelum 10 lelaki...

Next Post
TMJ Titah Sukarelawan Segera Bantu Mangsa Banjir

TMJ Titah Sukarelawan Segera Bantu Mangsa Banjir

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd