• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 26, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lelaki Didakwa Bunuh Ibu, Simpan Dalam Peti Sejuk Diarah Jalani Pemeriksaan Mental

oleh AK-47
20/03/2025
dalam Jenayah
0
Lelaki Didakwa Bunuh Ibu, Simpan Dalam Peti Sejuk Diarah Jalani Pemeriksaan Mental
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Mahkamah Majistret di sini pada Khamis mengarahkan lelaki yang didakwa membunuh ibunya dan menyimpan mayat wanita itu di dalam peti sejuk tiga tahun lepas, menjalani pemeriksaan mental di Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak.

Peguam Muhamad Yumni Rafie yang mewakili N Deanesh, 53, berkata, perintah terbabit dikeluarkan Majistret Atiqah Mohamed @ Mohamad Saim ketika sebutan kes berkenaan hari ini.

Beliau berkata, mahkamah membenarkan permohonan pihak pembelaan agar tertuduh menjalani pemeriksaan dan penilaian mental selama sebulan serta menetapkan 18 April ini untuk keputusan.

“Pihak pembelaan juga telah menyerahkan hujahan bertulis kepada mahkamah dan pihak pendakwaan mengikut Seksyen 342 (3) Kanun Tatacara Jenayah,” katanya ketika dihubungi pemberita pada Khamis.

Lelaki itu didakwa menyebabkan kematian ibunya, Catherine Daniel, 77, dalam kejadian di sebuah rumah di Taman OUG, Brickfields di sini antara 21 hingga 26 Mac 2021.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati atau penjara 30 hingga 40 tahun dan dikenakan maksimum 12 sebatan, jika sabit kesalahan.

-Bernama

Tags: Kes Bunuh IbuPemeriksaan MentalPeti Sejuk
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

PGA Patahkan Cubaan Seludup Hampir 40,000 Biji Kelapa Ke Thailand

Next Post

Ejen PUSPAKOM Ditahan SPRM Kerana Rasuah Nombor Giliran RM40,000

Related Posts

Suspek Bunuh Ibu, Simpan Mayat Dalam Peti Sejuk Beku Didakwa Esok

Suspek Bunuh Ibu, Simpan Mayat Dalam Peti Sejuk Beku Didakwa Esok

25/11/2024
0

KUALA LUMPUR : Lelaki yang ditahan kerana disyaki membunuh ibunya sebelum menyimpan mayat wanita itu dalam peti sejuk beku di...

Yasin Diarah Rujuk Ke Hospital Bahagia Untuk Pemeriksaan Mental

Yasin Diarah Rujuk Ke Hospital Bahagia Untuk Pemeriksaan Mental

08/05/2023
0

PETALING JAYA - Mahkamah Sesyen di sini pada Isnin, mengarahkan penyanyi nasyid dan komposer, Muhammad Yasin Sulaiman dirujuk ke Hospital...

Next Post
Ejen PUSPAKOM Ditahan SPRM Kerana Rasuah Nombor Giliran RM40,000

Ejen PUSPAKOM Ditahan SPRM Kerana Rasuah Nombor Giliran RM40,000

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd