• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kes Bunuh Pelajar Kolej Vokasional: Tertuduh Pertama Dakwa Hanya Tolak, Tepis Bahu Mangsa

oleh Mohd Arshad
12/03/2025
dalam Jenayah
0
Kes Bunuh Pelajar Kolej Vokasional: Tertuduh Pertama Dakwa Hanya Tolak, Tepis Bahu Mangsa
Share on FacebookShare on Twitter

TAWAU: Tertuduh pertama dalam kes bunuh pelajar Kolej Vokasional Lahad Datu, Mohamad Nazmie Aizzat Mohd Narul Azwan memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa dia tidak memukul mangsa ketika di bilik asrama 7 Resak, sebaliknya hanya menolak serta menepis bahu.

Saksi pembelaan keenam itu berkata dia bertindak begitu selepas mendapat maklumat bahawa mangsa mencuri wang tertuduh ketiga serta keempat.

“Kira-kira 10.30 malam saya ke bilik asrama 7 Resak bersama tertuduh ke-10 dan tertuduh ketiga dan semasa melintasi tangga, kami terserempak dengan tertuduh kesembilan, yang memberitahu bahawa mangsa sudah mengaku mencuri duit tertuduh ketiga dan keempat.

“Sampai di 7 Resak saya melihat mangsa sedang mengeluarkan duit daripada buku dan saya terus berlari menuju ke mangsa lalu menolak mangsa, tetapi tertuduh kelima menghalang dan bercakap jangan menolak mangsa,” katanya dalam keterangan saksi pada perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Duncan Sikodol.

Pada 28 Februari lalu, Duncan memerintahkan 13 remaja berusia 16 hingga 19 tahun untuk membela diri atas pertuduhan bersama-sama membunuh Mohamad Nazmie Aizzat di Kolej Vokasional Lahad Datu pada 9 malam, 21 Mac hingga 7.38 pagi, 22 Mac tahun lalu.

Semua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama, yang membawa hukuman mati atau penjara 30 hingga 40 tahun serta tidak lebih 12 sebatan, jika sabit kesalahan.

Ketika pemeriksaan balas oleh Timbalan Pendakwa Raya Nur Nisla Abdul Latif, tertuduh pertama bersetuju dengan cadangan bahawa dia terus berlari ke arah Mohamad Nazmie Aizzat, disebabkan rasa kecewa dan marah kerana mangsa merupakan rakan rapatnya.

Kes pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nur Nisla, Ng Juhn Tao dan Batrisyia Mohd Khusri.

Lapan daripada 13 remaja itu diwakili peguam Datuk Ram Singh, Kamarudin Mohmad Chinki dan Chen Wen Jye, manakala lima lagi oleh peguam Mohamed Zairi Zainal Abidin, Abdul Ghani Zelika, Vivian Thien, Jhesseny P Kang serta Kusni Ambotuwo.

Perbicaraan bersambung petang ini.

BHonline-

Tags: Kes Bunuh Pelajar Kolej Vokasional
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Tan Sri Dapat DNAA, Keadaan Mental Tak Sesuai Dibicarakan

Next Post

TIADA MASA BERDUKA LARA…TMJ Terima Kekalahan JDT Dengan Tenang – Terus Mulakan Rancangan Menambah Baik Kualiti Pasukan

Related Posts

Kes Bunuh Pelajar Kolej Vokasional: Nasib 13 Tertuduh Remaja Ditentukan 11 Jun

Kes Bunuh Pelajar Kolej Vokasional: Nasib 13 Tertuduh Remaja Ditentukan 11 Jun

14/05/2025
0

TAWAU : Nasib 13 remaja berusia 16 hingga 19 tahun yang dituduh membunuh pelajar Kolej Vokasional (KV) Lahad Datu, Mohamad...

Next Post
TIADA MASA BERDUKA LARA…TMJ Terima Kekalahan JDT Dengan Tenang – Terus Mulakan Rancangan Menambah Baik Kualiti Pasukan

TIADA MASA BERDUKA LARA…TMJ Terima Kekalahan JDT Dengan Tenang - Terus Mulakan Rancangan Menambah Baik Kualiti Pasukan

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd