• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, August 20, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kes Bunuh Pelajar Kolej: Tertuduh Akui Pukul, Tendang Mangsa Kerana Kecewa

oleh Mohd Arshad
13/03/2025
dalam Jenayah
0
Kes Bunuh Pelajar Kolej: Tertuduh Akui Pukul, Tendang Mangsa Kerana Kecewa
Share on FacebookShare on Twitter

TAWAU – Tertuduh keenam dalam kes bunuh pelajar Kolej Vokasional Lahad Datu Mohamad Nazmie Aizzat Mohd Narul Azwan, atau Ijat, hari ini mengakui bahawa dia memukul dan menendang mangsa ketika di bilik asrama 5 Belian kerana kecewa dengan perbuatannya.

Saksi pembelaan kelapan itu berkata, kekecewaan tersebut berpunca daripada tindakan mangsa yang didakwa mencuri wang rakan lain, walaupun mereka bersahabat baik.

“Saya kecewa,” katanya semasa pemeriksaan utama oleh peguam Vivian Thien dalam perbicaraan di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Duncan Sikodol.

Menerusi pernyataan saksinya, dia mengaku telah menumbuk bahagian belakang dan menendang paha Mohamad Nazmie Aizzat.

Pada 28 Februari lepas, mahkamah memerintahkan 13 remaja berusia 16 hingga 19 tahun membela diri atas pertuduhan bersama-sama membunuh Mohamad Nazmie Aizzat di Kolej Vokasional Lahad Datu pada 9 malam 21 Mac hingga 7.38 pagi 22 Mac tahun lepas.

Ketika disoal balas oleh peguam Datuk Ram Singh, remaja itu berkata selepas memukul Ijat, dia sempat meminta maaf kepada mangsa.

Ram : Kenapa kamu tidak tolong Ijat?

Tertuduh keenam : Saya betul-betul kecewa.

Menjawab soalan peguam Kamarudin Mohmad Chinki, saksi itu berkata, selepas dipukul dan ditendang, Mohamad Nazmie Aizzat masih kuat serta mampu berjalan.

Tertuduh keenam juga bersetuju dengan cadangan Timbalan Pendakwa Raya Ng Juhn Tao bahawa dia tidak melihat sendiri mangsa mencuri wang tertuduh ketiga dan keempat.

Kesemua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman mati atau penjara antara 30 hingga 40 tahun serta tidak lebih 12 sebatan, jika sabit kesalahan.

Kes pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nur Nisla, Juhn Tao dan Batrisyia Mohd Khusri.

Seramai lapan daripada 13 remaja itu diwakili peguam Ram Singh, Kamarudin dan Chen Wen Jye manakala lima lagi diwakili peguam Mohamed Zairi, Abdul Ghani Zelika, Vivian Thien, Jhesseny P Kang serta Kusni Ambotuwo. 

-Bernama

Tags: Kes Bunuh Pelajar Kolej
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kes Bayi Ditinggalkan Di Pusat Perlindungan, Reman Suspek Disambung

Next Post

‘Ismail Sabri Diarah Kembali Ke SPRM Esok’ – Azam Baki

Related Posts

No Content Available
Next Post
‘Ismail Sabri Diarah Kembali Ke SPRM Esok’ – Azam Baki

'Ismail Sabri Diarah Kembali Ke SPRM Esok' - Azam Baki

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd