• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jangan Buat Andaian Rundingan Gas PETRONAS-PETROS – Fadillah

oleh Mohd Arshad
17/03/2025
dalam Utama & Sensasi
0
Jangan Buat Andaian Rundingan Gas PETRONAS-PETROS – Fadillah
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING: Pihak yang tidak terlibat dalam rundingan di antara Petroliam Nasional Bhd (PETRONAS) dengan Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) berhubung pengedaran gas di negeri ini diminta tidak membuat sebarang andaian berhubung perkara berkenaan.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof, berkata beliau mahu rundingan di antara kedua-dua syarikat minyak dan gas itu berjalan dengan baik serta membawa manfaat kepada Sarawak dan negara.

“Orang yang tidak tahu apa yang berlaku dalam lingkungan perbincangan seeloknya jangan membuat andaian. Yang pasti, semua melihat kepada kepentingan negara dan pada masa yang sama kepentingan Sarawak juga perlu diimbangi.

“Apa sahaja pembangunan kalau Sarawak mendapat manfaat, pastinya Kerajaan Persekutuan pun akan dapat sebab cukai pun akan dibayar kepada Kerajaan Persekutuan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri program Jelajah Bazar Ramadan di Matang Jaya dekat sini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas dakwaan pihak tertentu yang cuba melaga-lagakan PETRONAS dan PETROS berhubung hak pengedaran gas di Sarawak.

PETRONAS dalam kenyataan Sabtu lalu memaklumkan syarikat itu sedang bekerjasama rapat dengan Kerajaan Persekutuan, kerajaan Sarawak serta PETROS berhubung butiran peranan masa depan PETROS sebagai agregator gas negeri.

Usaha ini, menurut PETRONS bertujuan untuk memastikan hak dan kepentingan semua pihak termasuk pelanggan akhir dan pelabur dipertimbangkan dengan sewajarnya.

“Pertimbangan yang paling utama akan diberikan untuk memastikan kepastian dalam iklim pelaburan,” kata syarikat minyak dan gas negara itu ketika mengulas pertanyaan Bernama berhubung sebuah laporan berita yang menyatakan sebaliknya berhubung kemajuan kerjasama antara PETRONAS dan PETROS.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini berkata Kerajaan Persekutuan akan mengadakan pertemuan dengan kerajaan Sarawak untuk memperincikan skop kerjasama antara PETRONAS dan PETROS.

Beliau berkata perbincangan itu bertujuan untuk meneroka kerjasama yang akan dijalankan oleh kedua-dua syarikat melibatkan mana-mana projek baharu dalam apa jua bidang.

Bernama-

Tags: Fadillah YusofpetronasPetros
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

PETRONAS Rujuk Mahkamah Persekutuan Selesai Isu Petroleum Di Sarawak

PETRONAS Rujuk Mahkamah Persekutuan Selesai Isu Petroleum Di Sarawak

12/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Petroliam Nasional Bhd (PETRONAS) memfailkan suatu notis usul di Mahkamah Persekutuan, Putrajaya bagi mendapatkan penjelasan berhubung kerangka kawal...

PETRONAS, MKN Masih Belum Perincikan Bentuk Ancaman Loji LNG Bintulu

PETRONAS, MKN Masih Belum Perincikan Bentuk Ancaman Loji LNG Bintulu

09/09/2025
0

KUALA LUMPUR: Petroliam Nasional Bhd (PETRONAS) bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa berhubung arahan Majlis Keselamatan Negara (MKN) supaya semua fasiliti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd