• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 2, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiada Perjanjian, Kerjasama Pendidikan Dengan Taliban

oleh Mohd Arshad
13/02/2025
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Tiada Perjanjian, Kerjasama Pendidikan Dengan Taliban
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR : Malaysia tidak mempunyai hubungan rasmi atau kerjasama strategik dengan Kerajaan Taliban di Afghanistan.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek menegaskan Malaysia juga belum mengiktiraf Pihak Berkuasa De Facto Afghanistan (PBDFA).

Sehubungan itu, katanya, tiada sebarang bentuk perjanjian rasmi atau kerjasama dua hala antara Kerajaan Malaysia dan Afghanistan dimeterai dalam bidang pendidikan.

“Lawatan delegasi Kementerian Pendidikan Afghanistan ke Malaysia pada tahun lalu bertujuan memberi pendedahan berkenaan sistem pendidikan di negara ini.

“Ini kerana Malaysia sudah lama diiktiraf sebagai salah satu negara Islam yang moden dan progresif dengan sistem pendidikan yang mampan serta inklusif,” katanya dalam jawapan bertulis yang disiarkan di laman web Parlimen, hari ini.

Beliau menjawab soalan Misbahul Munir Masduki (PN-Parit Buntar) mengenai hubungan dua hala yang terjalin antara kerajaan Malaysia dan Afghanistan dalam bidang pendidikan.

Fadhlina berkata, lawatan itu memberi peluang kepada delegasi Afghanistan memahami lebih lanjut mengenai pendekatan dan amalan terbaik dalam bidang pendidikan yang diamalkan di negara ini.

Katanya, lawatan itu dibiayai sepenuhnya oleh sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) antarabangsa yang bertanggungjawab menguruskan dana yang disediakan oleh Kesatuan Eropah dalam usaha menyokong pembangunan kapasiti di Afghanistan.

“Dalam hal ini, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan terus mendapatkan nasihat dan panduan daripada Kementerian Luar Negeri (KLN) yang bertanggungjawab dalam menetapkan dasar hubungan dua hala Malaysia sebelum sebarang bentuk kerjasama dapat dipertimbangkan,” katanya.

-Berita Harian

Tags: Kerjasama Pendidikantaliban
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Suami Isteri Kejar Kereta Penembak Demi Nombor Plat

Next Post

SPRM Tahan Presiden, Bekas Setiausaha Kehormat Persatuan Sukan

Related Posts

PBB Kecam Taliban Larang Wanita Bekerja Dengan NGO

PBB Kecam Taliban Larang Wanita Bekerja Dengan NGO

25/12/2022
0

KABUL – Arahan pemerintah Taliban yang melarang wanita bekerja untuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) telah dikecam oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu...

Tidak Patuhi Etika Pakaian, Taliban Sekat Pekerja Wanita Sertai NGO

Tidak Patuhi Etika Pakaian, Taliban Sekat Pekerja Wanita Sertai NGO

25/12/2022
0

KABUL : Taliban mengarahkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tempatan dan asing menggantung perkhidmatan pekerja wanita dalam tindakan keras terbaharu terhadap...

Next Post
SPRM Tahan Presiden, Bekas Setiausaha Kehormat Persatuan Sukan

SPRM Tahan Presiden, Bekas Setiausaha Kehormat Persatuan Sukan

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd