• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 26, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Syarikat Pelancongan Keluarkan Cek Lebih RM600,000 Atas Nama Azlan Man – Saksi

oleh Mohd Arshad
03/02/2025
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Syarikat Pelancongan Keluarkan Cek Lebih RM600,000 Atas Nama Azlan Man – Saksi
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Bekas Pengarah Urusan Sri Kedawang Travel & Tours (W) Sdn Bhd (SKTT), Shafiei Ismail, mengesahkan syarikat berkenaan mengeluarkan tiga cek berjumlah RM629,395.30 atas nama Datuk Seri Azlan Man selepas bekas Menteri Besar Perlis itu membatalkan tempahan percutian keluarganya ke London, United Kingdom.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Shafiei, 64, memberitahu Mahkamah Sesyen di sini mengenai perkara berkenaan ketika dirujuk tiga salinan imej cek Maybank SKTT masing-masing bertarikh 14 Februari 2014, 5 Februari 2015 dan 20 Januari 2016 atas nama Azlan Man, ketika pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya, Noralis Mat.

Beliau berkata, tiga cek terbabit adalah bayaran balik bagi perjalanan Azlan serta keluarganya ke London pada 2013, 2014 dan 2015 yang dibatalkan serta diuruskan oleh syarikat berkenaan.

“Saya tidak pasti alasan perjalanan itu dibatalkan tetapi berdasarkan dokumen, ia telah dibatalkan dan terdapat tuntutan pembayaran semula yang dibuat kepada Azlan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membaca pernyataan saksinya dalam perbicaraan kes bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bintong itu yang berdepan 10 pertuduhan berkaitan pengemukaan tuntutan palsu dan penerimaan wang hasil aktiviti haram.

Noralis: “Encik Shafiei nyatakan bahawa terdapat tiga transaksi pemulangan wang kepada tertuduh. Boleh jelaskan pemulangan wang itu untuk apa dan mengapa?”

Shafiei: “Dia (Azlan) tempah tetapi tidak melakukan perjalanan, jadi wang tersebut perlu dipulangkan. Setiausaha Sulit Kanan Menteri Besar Perlis (ketika itu) meminta supaya bayaran itu dibuat ke akaun penumpang, iaitu Azlan.”

Pada 21 Ogos tahun lalu, Pengarah SKTT, Alimah Omar, memaklumkan kepada mahkamah bahawa beliau dan Pengurus Besar syarikat pelancongan itu, Zulkamar Abu Bakar, telah menandatangani tiga cek berjumlah RM629,395.30 atas nama Azlan sebagai bayaran pembatalan pakej percutian terbabit bagi 2014, 2015 dan 2016.

Alimah, 67, menyatakan bayaran itu sepatutnya dibuat kepada Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Perlis.

Sementara itu peguam, Ramli Shariff yang mewakili Azlan, bertanya kepada Shafiei sama ada SUK mengenakan sebarang syarat kepada SKTT sebelum pembayaran balik percutian terbabit dibuat. Shafiei menjawab: “Tidak.”

Azlan, 65, juga didakwa atas lima pertuduhan berkaitan tuntutan palsu bagi kemudahan cuti ke luar negara berjumlah lebih RM1.18 juta, yang didakwa dilakukan di Pejabat SUK Perlis, Kompleks Dewan Undangan Negeri, Persiaran Wawasan, Kangar, antara Disember 2013 dan Disember 2017.

Kes itu membabitkan sebut harga tiket penerbangan ke London, serta invois daripada SKTT dan Aidil Travel & Tours Sdn Bhd.

Azlan juga didakwa atas lima pertuduhan menerima wang hasil daripada aktiviti haram berjumlah RM1.06 juta antara 19 Februari 2014 dan Disember 2017 di Maybank cawangan Jalan Tuanku Abdul Rahman, CIMB Bank cawangan Putrajaya serta Hotel Sheraton Imperial, di sini.

Selain itu, Azlan berdepan lima pertuduhan pilihan atas kesalahan menyalahgunakan wang berjumlah RM1.06 juta milik Kerajaan Perlis yang dibayar kepada SKTT dan Aidil Travel & Tours Sdn Bhd.

Perbicaraan di hadapan Hakim Azura Alwi bersambung 21 April depan.

BHonline-

Tags: CekDatuk Seri Azlan Mansyarikat pelancongan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Tiga Selebriti Dipanggil SPRM Minggu Ini

Next Post

KPM Tumpu Bangunkan Pelan Pendidikan Baharu

Related Posts

RM524,382 Cek MPBPJ Tidak Ditunaikan

29/12/2021
0

PETALING JAYA – Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) memaklumkan sebanyak 306 cek bernilai RM 524,382 tidak ditunaikan oleh pihak terlibat...

Kaji Dulu Secara Sebelum Laksana ICERD – MB Perlis

07/11/2018
0

KANGAR - Menteri Besar Datuk Seri Azlan Man meminta kerajaan persekutuan mengkaji dengan mendalam kesan mengiktiraf Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan...

Next Post
KPM Tumpu Bangunkan Pelan Pendidikan Baharu

KPM Tumpu Bangunkan Pelan Pendidikan Baharu

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd