• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

SOSMA: Penambahbaikan Bagi Imbangi Keselamatan Negara, Hak Asasi Individu

oleh Mohd Arshad
19/02/2025
dalam Terkini
0
SOSMA: Penambahbaikan Bagi Imbangi Keselamatan Negara, Hak Asasi Individu
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Penambahbaikan terhadap Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) adalah bagi mengimbangi keperluan keselamatan negara dengan hak asasi individu selain memastikan ia berkesan dalam menangani aktiviti jenayah serius, kompleks dan berstruktur yang mengancam keselamatan negara dan ketenteraman awam.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, susulan itu Kementerian Dalam Negeri (KDN) merumuskan tiga hala tuju untuk membuat penambahbaikan terhadap SOSMA.

“Pertama kerajaan akan membuat semakan semula terhadap senarai atau jadual kesalahan-kesalahan yang tidak boleh dijamin mutlak dan kesalahan yang boleh dijamin dengan budi bicara mahkamah mengikut tahap keseriusan.

“Ada 73 kesalahan yang terangkum di bawah akta ini dan mulai sekarang kita akan semak balik dan kita akan tengok kesalahan apa yang kita kekal kategori sebagai tidak boleh dijamin dan kesalahan apa kita akan beri mahkamah untuk membenarkan ikat jamin,” katanya pada sesi penerangan menteri mengenai SOSMA di Dewan Rakyat pada Rabu.

Selain itu, Saifuddin Nasution berkata, kerajaan juga akan mengkaji keperluan dan kesesuaian untuk mewujudkan Mahkamah Khas SOSMA seperti Mahkamah Khas Rasuah dan Mahkamah Khas Jenayah Seksual Kanak-Kanak supaya kes berkaitan SOSMA tidak menunggu lama untuk dibicarakan.

Saifuddin Nasution berkata, kerajaan juga akan mengkaji pindaan terhadap Seksyen 30 SOSMA untuk membenarkan tahanan diikat jamin sementara menunggu proses undang-undang seperti perbicaraan dan rayuan mahkamah selesai.

Beliau berkata, pada masa ini, seseorang yang dituduh di bawah SOSMA tidak boleh dijamin kecuali kanak-kanak berusia bawah 18 tahun, wanita atau seorang yang sakit atau uzur tertakluk kepada budi bicara mahkamah.

Susulan itu, Saifuddin Nasution berkata, beliau akan segera mengumumkan pembentukan sebuah Jawatankuasa Khas untuk memperhalusi cadangan pindaan itu bagi membolehkan ia dibawa ke Parlimen secepat mungkin.

“Lagi cepat Jawatankuasa Khas ini menghasilkan dapatan, lagi cepat kita dapat bentang di Parlimen kerana kita ada sesi (persidangan) pada Julai dan biar itu jadi garis masa untuk menunjukkan kesediaan kita yang sentiasa terbuka dalam menambah baik dasar perundangan, peraturan serta usaha untuk memperkasa keselamatan dan ketenteraman awam,” katanya.

Saifuddin Nasution berkata, sementara penambahbaikan SOSMA dilakukan, ia tidak bermakna Kerajaan MADANI mengambil sikap sambil lewa atau memandang ringan terhadap keperluan undang-undang bagi menangani ancaman jenayah keganasan dan jenayah terancang yang sebenarnya masih lagi wujud dalam negara ini.

“Ini membuktikan kesediaan kita untuk berganjak daripada status quo sekarang, tetapi tidak sama sekali mengabaikan prinsip dan tanggungjawab menjaga keamanan dan ketenteraman sambil memastikan hak asasi mereka yang terlibat terjaga,” katanya.

SOSMA merupakan akta baharu yang digubal pada 2012 menggantikan Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (ISA). 

-Bernama

Tags: Hak Asasi IndividuKeselamatan NegarapenambahbaikanSOSMA
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

18 Ahli Kumpulan Kongsi Gelap ‘TR’ Ditahan Bawah Sosma

18 Ahli Kumpulan Kongsi Gelap ‘TR’ Ditahan Bawah Sosma

29/05/2024
0

Seramai 18 ahli gabungan lima kongsi gelap dikenali sebagai kumpulan TR ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012...

6 Pegawai Kanan Dan Anggota Polis Ditahan Semula Mengikut SOSMA

6 Pegawai Kanan Dan Anggota Polis Ditahan Semula Mengikut SOSMA

10/05/2024
0

Kuala Lumpur : Enam pegawai kanan dan anggota polis yang ditahan kerana disyaki melakukan pemerasan sebanyak RM1.25 juta, ditahan semula...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd