• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

LKAN: Tunggakan Bayaran Balik Pinjaman PTPTN Cecah RM10.85 Bilion

oleh Mohd Arshad
24/02/2025
dalam Terkini
0
LKAN: Tunggakan Bayaran Balik Pinjaman PTPTN Cecah RM10.85 Bilion
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Tunggakan bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) berjumlah RM10.853 bilion melibatkan 1.2 juta peminjam sehingga 31 Disember 2023.

Ketua Audit Negara, Datuk Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi berkata, tunggakan tersebut mencatatkan peningkatan dari tahun 2019 hingga 2023.

“PTPTN perlu mengkaji semula mekanisme kutipan bayaran balik pinjaman pendidikan dan meningkatkan pemantauan terhadap pengurusan pinjaman tersebut,” katanya menerusi kenyataan susulan pembentangan Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 1/2025 mengenai Penyata Kewangan Agensi Persekutuan Tahun 2023 yang dibentangkan di Dewan Rakyat, pada Isnin.

Berdasarkan laporan berkenaan, tempoh usia tunggakan antara kurang setahun hingga melebihi 12 tahun.

Tunggakan tertinggi direkodkan adalah pada tahun 2023 dengan RM10.853 bilion melibatkan 1.2 juta peminjam manakala yang terendah dicatatkan pada 2018 dengan RM6.348 bilion (970,000 peminjam).

Sementara itu bayaran balik pinjaman bagi tahun 2014 hingga 2023 berjumlah RM26.414 bilion melibatkan 106.09 juta transaksi.

Kaedah bayaran balik pinjaman adalah melalui potongan gaji, debit terus, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) serta kaedah lain seperti bayaran di kaunter dan dalam talian.

Jumlah transaksi tertinggi kutipan adalah menerusi dalam talian dan di kaunter iaitu 62.38 juta transaksi diikuti kaedah potongan gaji sebanyak 23.84 juta transaksi.

“Analisis Audit mendapati peratusan bayaran balik pinjaman pendidikan yang diterima PTPTN bagi tempoh 2014 hingga 2023 adalah antara 7.3 peratus hingga 79.3 peratus berbanding tunggakan bayaran balik pinjaman pendidikan yang direkodkan.

“Analisis menunjukkan kutipan tertinggi dicatatkan pada 2017 dengan RM5.192 bilion (79.3 peratus) manakala yang terendah pada 2014 berjumlah RM717 juta (7.3 peratus),” menurut laporan tersebut.

Dalam pada itu laporan turut menyebut, kutipan bayaran balik tertinggi adalah kesan tindakan penguatkuasaan yang tegas seperti penyenaraian hitam peminjam dalam Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS) serta mewajibkan potongan gaji bagi kakitangan awam.

Walau bagaimanapun, penguatkuasaan tersebut telah dihentikan pada 2018 menyebabkan penurunan kutipan pada thaun berkenaan dan seterusnya.

-Sinar Harian

Tags: LKANPinjamanPTPTN
Share205Tweet128SendShare

Related Posts

Adam Adli Jadi ‘Bahan Lawak’ Netizen

Adam Adli Jadi ‘Bahan Lawak’ Netizen

16/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Pelantikan Adam Adli Abdul Halim sebagai Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi (KPT) mencetuskan gelombang reaksi di media sosial, namun...

Pendidikan Percuma PTPTN Untuk 5,800 Pelajar Keluarga Miskin

Pendidikan Percuma PTPTN Untuk 5,800 Pelajar Keluarga Miskin

10/10/2025
0

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan memberikan pendidikan percuma melalui Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kepada 5,800 pelajar dari keluarga miskin...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd