• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, December 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Belum Rancang Salur Subsidi Minyak Masak Peket Guna MyKad

oleh Mohd Arshad
17/02/2025
dalam Ekonomi, Terkini
0
Kerajaan Belum Rancang Salur Subsidi Minyak Masak Peket Guna MyKad
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan belum merancang untuk menukar subsidi minyak masak peket kepada bayaran tunai melalui MyKad kepada rakyat setakat ini.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Dr Fuziah Salleh berkata, kementeriannya sedang memperkasakan Sistem Skim Penstabilan Harga Minyak Masak (ECOSS) untuk memastikan bekalan minyak masak itu sampai kepada pengguna berstatus warganegara.

Katanya, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) sedang membangunkan projek rintis ECOSS sehingga ke peringkat pengguna berbanding sistem berkenaan sebelum ini dari kilang penapis minyak hingga ke peruncit sahaja.

“Setakat ini belum ada (rancangan) untuk menggunakan (MyKad) atau subsidi itu disalurkan terus (kepada pengguna).

“Akan tetapi cara kita (untuk) memastikan bahawa ia sampai kepada pengguna (menerusi) projek rintis 2025. Nanti kita akan menggunakan pengenalan diri (ID) atau satu bentuk ID supaya kita dapat kenal pasti warganegara yang boleh menggunakan bekalan tersebut,” katanya pada waktu pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan di sidang Dewan Rakyat di sini pada Isnin.

Beliau berkata demikian menjawab soalan tambahan Datuk Dr Zulkafperi Hanapi (Bebas-Tanjong Karang) sama ada KPDN akan mempertimbangkan untuk menukar subsidi minyak masak peket kepada bayaran tunai melalui MyKad susulan isu subsidi minyak masak tidak sampai kepada golongan sasaran akibat ketirisan dan penyalahgunaan kuasa.

Mengulas lanjut, Fuziah yang juga Ahli Parlimen Kuantan berkata, KPDN masih lagi berunding untuk mendapatkan kerjasama beberapa agensi dalam menjalankan projek rintis berkenaan.

Beliau berkata, KPDN turut tegas membanteras penyelewengan dengan mengambil tindakan menggantung dan menarik semula kuota minyak masak pihak yang melakukan kesalahan tersebut.

“Pada 2024 kita telah gantung sebanyak 16 syarikat dan kita tarik kuota daripada 30 syarikat yang menyalahgunakan amanah yang diberikan kepada mereka. Jadi ini adalah tindakan yang kita ambil secara serius dan dan kita tidak ada kompromi,” ujarnya.

Sementara itu, Fuziah berkata, KPDN juga berpandangan kuota 60,000 tan metrik minyak masak peket bersubsidi di pasaran runcit ketika ini mencukupi.

“Kuota sedia ada ini mencukupi untuk memenuhi dan menampung keperluan berdasarkan kepada kadar penggunaan minyak masak yang kita telah kenal pasti siapakah yang harus atau wajar menerima manfaat tersebut,” katanya.

-Sinar Harian

Tags: KerajaanMinyak MasakMyKadsubsidi
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kerajaan Sekat Akses Platform Dalam Talian Bagi Pengguna Bawah 13 Tahun

Kerajaan Sekat Akses Platform Dalam Talian Bagi Pengguna Bawah 13 Tahun

04/12/2025
0

Kuala Lumpur: Bagi melindungi kanak-kanak daripada mengakses kandungan dalam talian, kerajaan dalam proses mengawal selia platform untuk menyekat pengguna bawah...

Kerajaan Perluas Manfaat BUDI95 Kepada Lebih 31,000 Penerima Baharu

Kerajaan Perluas Manfaat BUDI95 Kepada Lebih 31,000 Penerima Baharu

07/10/2025
0

PUTRAJAYA: Kerajaan hari ini mengumumkan kelayakan menikmati sistem subsidi bersasar BUDI MADANI RON95 (BUDI95) kini diperluaskan kepada tiga kelompok baharu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd