• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, December 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Cabul Budak Di Masjid: JKM Sahkan Suspek Ada Kad OKU Sejak Kecil

oleh Mohd Arshad
22/02/2025
dalam Jenayah
0
Cabul Budak Di Masjid: JKM Sahkan Suspek Ada Kad OKU Sejak Kecil
Share on FacebookShare on Twitter

HULU SELANGOR: Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul seorang kanak-kanak perempuan ketika mangsa sedang menunaikan solat subuh di sebuah masjid di Batang Kali di sini, semalam, memiliki kad Orang Kurang Upaya (OKU) masalah pembelajaran.

Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Selangor, Azmir Kassim, ketika mengesahkan perkara itu berkata hasil pemeriksaan dan semakan oleh pihaknya mendapati individu terbabit mempunyai kad OKU sejak kecil.

“Hasil pemeriksaan kita mendapati dia (suspek) mempunyai kad OKU ‘Learning Disability’ (masalah pembelajaran) sejak kecil lagi,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, hari ini.

Terdahulu, Harian Metro melaporkan polis menunggu pengesahan JKM berhubung kad OKU milik lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul itu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, dipetik berkata memang ada ditemui kad OKU itu tetapi ia perlu mendapat pengesahan daripada JKM terlebih dulu.

Lelaki itu direman selama tujuh hari bermula hari ini hingga 28 Februari bagi membantu siasatan kes mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017. Perintah tahanan reman itu dikeluarkan oleh Majistret Nurul Izzah Hasan Basri.

Sebelum ini, polis menerima laporan pada jam 8.19 pagi semalam berhubung kejadian itu yang turut tular dalam media sosial, sebelum suspek ditahan pada hari sama di sekitar Batang Kali.

Kejadian dilaporkan berlaku ketika mangsa sedang menunaikan solat di saf belakang ruang solat wanita di masjid terbabit.

Rakaman video kamera litar tertutup (CCTV) yang tular memaparkan seorang lelaki berkopiah putih menyelinap masuk ke ruang solat wanita sebelum memeluk seorang kanak-kanak perempuan yang sedang sujud, dari arah belakang tanpa disedari jemaah lain.

Berdasarkan rakaman itu, lelaki terbabit dilihat mengangkat mangsa dan membawanya ke ruangan lain sebelum dipercayai dicabul. Bagaimanapun, mangsa dapat melepaskan diri selepas bergelut dengan suspek.

BHonline-

Tags: JKMkad OKUkes cabulmasjid
Share229Tweet143SendShare

Related Posts

Pelajar OKU Dakwa Dicabul Rakan Sekelas Dalam Tandas

Pelajar OKU Dakwa Dicabul Rakan Sekelas Dalam Tandas

08/11/2025
0

KUALA LUMPUR: Seorang pelajar perempuan orang kurang upaya (OKU) mendakwa dicabul oleh rakan sekelasnya di dalam tandas sebuah sekolah menengah...

Cabul Anak Saudara, Bapa Tiga Anak Dipenjara 20 Tahun, Empat Sebatan

Cabul Anak Saudara, Bapa Tiga Anak Dipenjara 20 Tahun, Empat Sebatan

05/11/2025
0

SEREMBAN: Seorang bapa tiga anak dijatuhi hukuman penjara 20 tahun dan empat sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd