• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 2, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Asteroid Kategori ‘Pemusnah Bandar’ Diramal Bertembung Bumi Disember 2032

oleh Mohd Arshad
01/02/2025
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Asteroid Kategori ‘Pemusnah Bandar’ Diramal Bertembung Bumi Disember 2032
Share on FacebookShare on Twitter

WASHINGTON : Asteroid baharu dikesan dan hampir sebesar padang bola sepak dijangka memiliki peluang lebih satu peratus untuk bertembung bumi beberapa tahun lagi.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Asteroid dikenali 2024 YR4, pertama kali dikesan Balai Cerap El Sauce di Chile pada 27 Disember lalu, dengan ahli astronomi menganggarkan saiz antara 40 hingga 90 meter lebar, mengikut tahap kecerahannya.

Kiraan terkini Makmal Perenjangan Jet Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA), meramalkan peluang 1.6 peratus 2024 YR4 akan melanggar bumi pada 22 Disember 2032.

Pertembungan itu dijangka mengakibatkan letupan berskala besar yang melepaskan tenaga ratusan kali ganda, berbanding bom nuklear di Hiroshima.

Letupan daripada letusan udara bagi 2024 YR4 diramal setara dengan hampir lapan megaton trinitrotoluena (TNT), lebih 500 kali ganda kuasa bom Hiroshima.

Kesannya dijangka kurang membimbangkan sekiranya meletup di lautan, kecuali jika ia berlaku berhampiran pantai yang boleh mencetuskan tsunami.

Ia juga diramal menghasilkan sinaran menyilaukan, hampir seterang cahaya matahari serta gelombang kejut yang cukup kuat untuk memusnahkan segala-galanya bagi kawasan seluas beberapa kilometer (km).

Impak pertembungan itu berpotensi menyebabkan kemusnahan seluas satu bandar, bergantung lokasi ia berlaku.

Perkembangan mengenai objek membimbangkan itu sudah dimaklumkan kepada pegawai pertahanan planet sementara di NASA, Kelly Fast, menjelang malam tahun baharu.

Penilaian risiko mengenai pertembungan terbabit terus meningkat dan Rangkaian Amaran Asteroid Antarabangsa sudah mengeluarkan memo berkaitan lokasi diramal berdepan insiden itu, Rabu lalu.

Antara lokasi diramal mengalami impak pertembungan itu termasuk kawasan atas di timur Lautan Pasifik, utara Amerika Selatan, Lautan Atlantik, Afrika, Laut Arab dan Asia Selatan.

2024 YR4 mengelilingi orbit elips yang sangat panjang, dengan tempoh empat tahun, melintasi planet dalam sebelum melepasi Marikh dan bergerak menuju ke Musytari.

Ketua saintis The Planetary Society, Bruce Betts, mengakui keadaan itu belum menimbulkan panik dalam kalangan kumpulan saintis, namun kekal memantau perkembangannya dengan teliti.

“Perhatian ketika ini perlu diberikan sepenuhnya untuk mengumpulkan sumber sebanyak mungkin untuk memantau (asteroid berkenaan),” katanya.

Kesan asteroid paling popular berlaku 66 juta tahun lalu, apabila batu angkasa selebar 9.66km mencetuskan musim sejuk global, memusnahkan dinosaur dan 75 peratus daripada semua spesies.

Sebagai perbandingan, 2024 YR4 tergolong dalam kategori ‘pemusnah bandar’.

-AFP

Tags: asteroid
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Pengunjung Cedera Ditimpa Gelongsor Kaca Di Taman Tema

Next Post

3 Suspek Rempuhan Di Jalan Klang Lama Masih Diburu, Identiti Dikenal Pasti

Related Posts

Misi DART berjaya ubah gerakan asteroid Dimorphos

Misi DART berjaya ubah gerakan asteroid Dimorphos

12/10/2022
0

WASHINGTON – Misi Ujian Pengalihan Asteroid Berganda (DART) disahkan berjaya mengubah trajektori asteroid Dimorphos apabila kapal angkasa milik Pentadbiran Aeronautik...

Asteroid Lebih Besar Daripada Menara Petronas Menuju Ke Bumi

15/05/2022
0

HOUSTON - Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) memaklumkan sebuah asteroid gergasi sedang menuju ke arah bumi. Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram...

Next Post
3 Suspek Rempuhan Di Jalan Klang Lama Masih Diburu, Identiti Dikenal Pasti

3 Suspek Rempuhan Di Jalan Klang Lama Masih Diburu, Identiti Dikenal Pasti

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd