• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 30, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Titah Adendum Wujud, Namun Disembunyikan – Peguam Najib

oleh Mohd Arshad
06/01/2025
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Titah Adendum Wujud, Namun Disembunyikan – Peguam Najib
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Pasukan pembelaan bagi pihak Datuk Seri Najib Tun Razak memberitahu Mahkamah Rayuan di sini pada Isnin bahawa Titah Adendum yang membenarkan bekas Perdana Menteri itu menjalani baki hukuman penjara selama enam tahun di bawah tahanan rumah disembunyikan daripada umum.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berhujah, perintah itu wujud dan telah ditandatangani sendiri oleh Yang di-Pertuan Agong ke-16.

Menurutnya, anak sulung Najib, Datuk Mohamad Nizar juga telah mengesahkan wujudnya Titah Adendum daripada Istana Pahang.

Bukan itu sahaja, beliau turut membacakan surat daripada Majlis Kesultanan Pahang, bertarikh 4 Januari lalu, dialamatkan kepada Mohamad Nizar yang juga Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pahang.

“Surat itu ditandatangani oleh Pengelola Bijaya Diraja, Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang.

“Berdasarkan isi kandungan surat terbabit, ia memperakukan kewujudan dan kesahihan Titah Adendum bertarikh 29 Januari 2024,” katanya.

Sebelum ini, beliau berkata, pembelaan telah menghantar enam surat termasuk kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) bagi mengesahkan kewujudan titah berkenaan.

Bagaimanapun beliau berkata, permohonan berkenaan tidak mendapat sebarang maklum balas.

Najib, 72, merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, yang menolak permohonan kebenaran semakan kehakiman terhadap Titah Adendum yang dikatakan diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong ke-16.

Bekas pemimpin UMNO itu mendakwa Titah Adendum itu akan membolehkannya, menjalani baki hukuman penjara selama enam tahun di bawah tahanan di kediamannya.

Pada 3 Julai 2024, Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Amarjeet Singh menolak permohonan Najib untuk mendapatkan kebenaran memulakan semakan kehakiman berhubung kewujudan titah terbabit.

Hakim memutuskan demikian selepas mendapati semua afidavit difailkan bagi menyokong permohonan Najib termasuk kenyataan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Naib Presiden, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail tidak boleh diterima kerana ia bersifat khabar angin.

Sebelum ini, Najib selaku pemohon, meminta perintah mandamus untuk memaksa tujuh pihak selaku responden menjawab dan mengesahkan kewujudan Titah Adendum bertarikh 29 Januari tahun lepas.

Pihak terbabit ialah Menteri Dalam Negeri, Komisioner Jeneral Penjara, Peguam Negara, Lembaga Pengampunan bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Undang-undang di JPM, dan Kerajaan Malaysia sebagai responden pertama hingga ketujuh.

Pada 23 Ogos 2022, Najib dihukum meringkuk di Penjara Kajang selama 12 tahun dan denda RM210 juta, selepas didapati bersalah atas tujuh tuduhan pecah amanah, menyalahgunakan kedudukan dan pengubahan wang haram dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd (SRC).

Bagaimanapun, pada 2 Februari tahun lalu, Lembaga Pengampunan mengurangkan hukuman itu kepada penjara enam tahun dan denda RM50 juta, menyaksikan Najib akan dibebaskan lebih awal iaitu pada 23 Ogos 2028.

Hujahan berhubung permohonan rayuan Najib, ditangguhkan sementara selama 10 minit.

SinarHarian-

Tags: Datuk Seri Najib RazakTan Sri Muhammad Shafee Abdullahtitah adendum
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Harga Rumah Bertanah Di KL, PJ Dijangka Naik Tiga Hingga Empat Peratus

Next Post

Lebih 800 Penyokong Hadir Himpunan Solidariti Najib – Polis

Related Posts

Semua Prosiding Bersabit Titah Adendum Di Mahkamah Tinggi Tangguh Hingga Rayuan AG Selesai

Semua Prosiding Bersabit Titah Adendum Di Mahkamah Tinggi Tangguh Hingga Rayuan AG Selesai

28/04/2025
0

KUALA LUMPUR: Semua pendengaran membabitkan semakan kehakiman Datuk Seri Najib Razak berhubung Titah Adendum di Mahkamah Tinggi ditangguhkan sehingga rayuan...

Bercuti Bersama Keluarga, Tak Masuk Akal Bawa Pegawai Wisma Putra – Najib

Bercuti Bersama Keluarga, Tak Masuk Akal Bawa Pegawai Wisma Putra – Najib

23/01/2025
0

PUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Razak memberitahu Mahkamah Tinggi di sini, hari ini, tiada keperluan untuk membawa pegawai Wisma Putra pada...

Next Post
Lebih 800 Penyokong Hadir Himpunan Solidariti Najib – Polis

Lebih 800 Penyokong Hadir Himpunan Solidariti Najib - Polis

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd