• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Titah Adendum: Peguam Negara Kata ‘Saya Tak Mahu Komen’

oleh Mohd Arshad
08/01/2025
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Titah Adendum: Peguam Negara Kata ‘Saya Tak Mahu Komen’
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA: Peguam Negara, Datuk Mohd Dusuki Mokhtar enggan mengulas mengenai Titah Adendum dikatakan diperkenan Yang di-Pertuan Agong ke-16 yang membolehkan Datuk Seri Najib Razak menjalani baki hukuman penjaranya di bawah tahanan rumah.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

“Saya tidak mahu komen,” katanya ringkas ketika ditemui pada Majlis Pembukaan Tahun Perundangan 2025 yang disempurnakan Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat hari ini.

Dalam pada itu, usaha media mendapatkan reaksi Tan Sri Ahmad Terrirudin Mohd Salleh bekas Peguam Negara yang dilantik Hakim Mahkamah Persekutuan pada November lalu berhubung perkara itu juga tidak berhasil.

Dalam prosiding di Mahkamah Rayuan, Isnin lalu peguam Najib memberitahu perintah adendum berhubung tahanan rumah dihantar Istana Negara kepada peguam negara ketika itu, Ahmad Terrirudin pada 29 Januari 2024.

Najib yang juga bekas perdana menteri kelmarin berjaya mendapat kebenaran memulakan prosiding semakan kehakiman bagi suatu perintah memaksa kerajaan atau enam pihak lain menjawab dan mengesahkan kewujudan Titah Adendum Januari tahun lalu.

Titah Adendum berkenaan dikatakan diperkenan Yang di-Pertuan Agong ke-16 yang membolehkan bekas perdana menteri menjalani baki hukuman penjaranya di bawah tahanan rumah, bersabit kesalahan penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta.

Dalam keputusan majoriti 2-1 pada Isnin lalu, Hakim Datuk Seri Firuz Jaffril menyatakan bahawa Najib menulis kepada enam daripada tujuh responden yang dinamakan dalam rayuan bagi mengesahkan kewujudan adendum tersebut, namun tidak menerima sebarang jawapan daripada mereka.

Enam responden itu ialah menteri dalam negeri, komisioner jeneral penjara, peguam negara, Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan, menteri di Jabatan Perdana Menteri (undang-undang dan reformasi institusi), dan ketua pengarah Bahagian Hal Ehwal Undang-undang Jabatan Perdana Menteri.

Firuz berkata, bahawa Najib telah, selepas keputusan Mahkamah Tinggi pada Julai, memperoleh salinan titah adendum daripada Sultan Pahang, yang merupakan Yang di-Pertuan Agong ke-16.

Lembaga pengampunan pada 2 Februari tahun lalu mengumumkan bahawa hukuman penjara Najib dalam kes SRC International dikurangkan daripada 12 tahun kepada enam tahun, manakala dendanya dikurangkan daripada RM210 juta kepada RM50 juta.

Bekas perdana menteri itu kini sedang menjalani hukuman penjara di Penjara Kajang.

Dalam permohonan kebenaran yang difailkan di Mahkamah Tinggi pada 1 April, Najib mendakwa bahawa Agong terdahulu, semasa mesyuarat lembaga pengampunan pada 29 Januari turut mengeluarkan perintah tambahan yang membolehkan beliau menjalani baki hukuman penjara di bawah tahanan rumah.

Beliau berkata lembaga pengampunan gagal mengumumkan terma perintah tambahan itu, dan mendakwa kerajaan menghina mahkamah kerana tidak mematuhi perintah tersebut.

BHonline-

Tags: Peguam Negaratitah adendum
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Peguam Negara Arah Terus Rayuan Kes Syed Saddiq, Terima Apa Jua Keputusan Akhir Mahkamah Persekutuan

Peguam Negara Arah Terus Rayuan Kes Syed Saddiq, Terima Apa Jua Keputusan Akhir Mahkamah Persekutuan

17/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Peguam Negara mengarahkan rayuan akhir pendakwaan terhadap pembebasan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman daripada sabitan...

Titah Adendum: Peguam Najib Tidak Mahu Bazir Walau Sehari, Semakan Perlu Disegerakan

Titah Adendum: Peguam Najib Tidak Mahu Bazir Walau Sehari, Semakan Perlu Disegerakan

13/08/2025
0

PUTRAJAYA - Pembelaan bagi pihak bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memohon semakan kehakiman berhubung Titah Adendum didengar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd