• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 20, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sindiket Penipuan Dikesan Guna Talian ‘Hotline’ IPD Port Dickson

oleh Mohd Arshad
07/01/2025
dalam Jenayah, Terkini
0
Sindiket Penipuan Dikesan Guna Talian ‘Hotline’ IPD Port Dickson
Share on FacebookShare on Twitter

Port Dickson : Polis mengesan sindiket penipuan menggunakan talian ‘hotline’ Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Port Dickson untuk tujuan memperdayakan mangsa berkaitan kesalahan trafik dan memeras wang.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Ketua Polis Daerah Port Dickson Superintendan Maslan Udin berkata, talian berkenaan kebiasaannya untuk kegunaan rasmi dan bukan bagi menghubungi orang awam mengenai pelanggaran undang-undang.

“Kami ingin memaklumkan kepada orang awam bahawa terdapat kejadian penyalahgunaan talian ‘hotline’ IPD Port Dickson oleh pihak yang tidak bertanggungjawab bagi tujuan penipuan.

“Modus operandi yang dikenalpasti adalah panggilan palsu menggunakan talian berkenaan bagi tujuan memperdayakan berkaitan kes kesalahan trafik dan sebagainya,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, polis tidak akan menggunakan talian berkenaan untuk meminta maklumat kewangan peribadi atau membabitkan sebarang transaksi kewangan.

“Polis menegaskan bahawa talian itu hanya digunakan untuk urusan rasmi. Orang ramai diingatkan untuk tidak mendedahkan maklumat peribadi atau kewangan kepada pihak yang tidak dikenali.

“Orang awam juga dinasihatkan supaya tidak terpedaya dengan penipuan atau kes salah laku berkaitan jenayah atau kemalangan jalan raya atau saman melalui panggilan telefon.

“Berhati-hati dengan panggilan yang menggunakan ugutan atau tekanan psikologi dan sentiasa merujuk atau mengesahkan sebarang maklumat dengan polis di talian yang sahih,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya memandang serius kes itu dan sedang menjalankan siasatan rapi terhadap tindakan tidak bertanggungjawab pihak berkenaan.

-Harian Metro

Tags: IPD Port DicksonSindiket Penipuan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kerajaan Tangguh Projek Mega Termasuk HSR

Next Post

Kereta ‘Misteri’ Dipercayai Punca Lori Tangki Rempuh 2 Kenderaan

Related Posts

Polis Tumpaskan Sindiket Penipuan Pelaburan Forex Dan kripto

Polis Tumpaskan Sindiket Penipuan Pelaburan Forex Dan kripto

24/05/2024
0

Kuala Lumpur : Polis menumpaskan sindiket penipuan pelaburan Forex GHC dan kripto dengan penahanan 10 individu termasuk dalangnya berusia 43...

11 Ahli Sindiket Penipuan Dituduh Esok

11 Ahli Sindiket Penipuan Dituduh Esok

11/06/2023
0

Melaka : Sebelas ahli sindiket penipuan pinjaman tidak wujud yang diberkas polis awal bulan ini akan dihadapkan ke Mahkamah Ayer...

Next Post
Kereta ‘Misteri’ Dipercayai Punca Lori Tangki Rempuh 2 Kenderaan

Kereta ‘Misteri' Dipercayai Punca Lori Tangki Rempuh 2 Kenderaan

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd