• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 5, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sembilan Lelaki Didakwa Edar Dadah RM118 Juta

oleh Mohd Arshad
28/01/2025
dalam Jenayah, Terkini
0
Sembilan Lelaki Didakwa Edar Dadah RM118 Juta
Share on FacebookShare on Twitter

SABAK BERNAM – Seorang warga tempatan dan lapan lelaki warga Taiwan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Sungai Besar di sini pada Selasa atas dua pertuduhan mengedar dadah jenis erimin 5 dan ekstasi membabitkan nilai rampasan kira-kira RM118 juta.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Tertuduh, Low Kian Ming, 49, bersama lapan lagi iaitu Lee Chi-Nan, 29; Chou Chun Hao, 31; Liu Kuang-Hui, 31; Hong Sheng-Bao, 31; Tsenh Yi-Chia, 31; Lin Chung-Hsien, 32; Fang Ming-Che, 34, dan Chu Shao-Hsien, 42, mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah, Hyzel Audrey Luzano.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada semua tertuduh selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Siti Hajar Ali.

Mengikut pertuduhan pertama, mereka didakwa secara bersama-sama telah melakukan suatu perbuatan sebagai persediaan bagi tujuan mengedar dadah berbahaya iaitu ekstasi dengan anggaran berat 183.7 kilogram (kg) di 39, Jalan TIAJ 3, Taman Industri Alam Jaya 2, Bandar Puncak Alam pada 16 Januari lalu.

Bagi pertuduhan kedua pula, mereka didakwa secara bersama-sama telah melakukan suatu perbuatan sebagai persediaan bagi tujuan mengedar dadah berbahaya iaitu erimin 5 anggaran berat 306kg pada masa, tarikh dan lokasi sama.

Bagi kedua-dua pertuduhan itu, semua mereka didakwa mengikut Seksyen 39B(1) (c) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta sama sama dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Jika disabitkan kesalahan tertuduh berdepan hukuman gantung sampai mati atau penjara seumur hidup dan sebatan tidak lebih daripada 12 sebatan jika tidak dihukum dengan hukuman mati.

Kes itu dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Mohamad Nor Hakimi Mohamad Rosedin manakala semua tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah menetapkan 21 April depan sebagai tarikh sebutan semula kes bagi penyediaan laporan kimia.

Terdahulu, media melaporkan, polis berjaya membongkar kegiatan sebuah makmal pemprosesan dadah didalangi sindiket antarabangsa menerusi tiga serbuan di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Seri Khaw Kok Chin berkata, dalam serbuan pertama di sebuah gudang di Puncak Alam, polis menahan lapan suspek lelaki warganegara asing yang sedang mengendalikan kerja-kerja pemprosesan dadah untuk diedar di dalam dan luar negara.

Pemeriksaan dalam premis tersebut membawa kepada penemuan dadah jenis erimin 5 dianggarkan 306kg, ekstasi 183.7kg, peralatan memproses dadah dan pelbagai jenis bahan kimia yang dipercayai diperoleh daripada negara jiran.

SinarHarian-

Tags: DidakwaEdar Dadahlelaki
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

DVS Terima 2,610 Aduan Berkaitan Kebajikan Kucing

Next Post

Along Cham Sahkan Lafaz Cerai Taklik Hari Ini

Related Posts

Penjelasan Skandal ‘CCTV Dan Wiring’

Penjelasan Skandal ‘CCTV Dan Wiring’

28/05/2025
0

PETALING JAYA – Seorang lelaki yang sebelum ini tular di media sosial kerana didakwa menjalin hubungan sulit dengan seorang guru...

Lelaki Curi Telefon Bimbit OKU Fizikal Sudah Ditahan

Lelaki Curi Telefon Bimbit OKU Fizikal Sudah Ditahan

26/01/2025
0

MARANG: Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) pada Selasa lalu menunjukkan seorang lelaki mencuri telefon bimbit pembantu kedai runcit orang kurang...

Next Post
Along Cham Sahkan Lafaz Cerai Taklik Hari Ini

Along Cham Sahkan Lafaz Cerai Taklik Hari Ini

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd