• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 29, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Program NUR@PETRA Tawar E-rebat RM70 Juta Untuk Pembelian Peralatan Elektrik Cekap Tenaga

oleh Mohd Arshad
29/01/2025
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Program NUR@PETRA Tawar E-rebat RM70 Juta Untuk Pembelian Peralatan Elektrik Cekap Tenaga
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA : Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) akan melaksanakan Program Nikmat Untuk Rakyat PETRA (NUR@PETRA) dengan peruntukan keseluruhan sebanyak RM70 juta, dibiayai oleh Kementerian Kewangan dan dana Akaun Amanah Industri Bekalan Elektrik (AAIBE).

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Program NUR@PETRA ini merupakan kesinambungan daripada kejayaan pelaksanaan Program Sustainability Achieved Via Energy Efficiency (SAVE) yang sebelum ini, hanya tertumpu kepada pengguna elektrik domestik.

Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Datuk Seri Fadillah Yusof, berkata program ini dijenamakan semula dan diperluaskan manfaat kepada kepada sektor industri, komersial serta perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) bagi menggalakkan penggunaan peralatan cekap tenaga.

Dalam kenyataan hari ini, Fadillah berkata program NUR@PETRA menawarkan tiga kategori e-rebat iaitu, kategori pertama dikhaskan untuk pengguna domestik dengan tawaran e-rebat sehingga RM400 untuk pembelian penyaman udara atau peti sejuk cekap tenaga berlabel empat atau lima bintang oleh Suruhanjaya Tenaga (ST). Sebanyak 200,000 unit rebat disediakan berdasarkan konsep ‘siapa cepat, dia dapat’.

“Kategori kedua dikhaskan untuk PMKS dengan pemberian e-rebat sehingga RM4,000 bagi pembelian penyaman udara atau peti sejuk cekap tenaga berlabel empat atau lima bintang. DIjangka hampir 1,250 premis PMKS akan mendapat manfaat daripada program itu.,” katanya.

Kategori ketiga pula menawarkan e-rebat khas untuk pembelian pendingin (chiller) cekap tenaga bagi kegunaan penyaman udara (comfort cooling) sahaja. Lebih 300 entiti perniagaan dijangka menerima manfaat ini dalam sektor industri dan komersial.

Fadillah menjelaskan bahawa permohonan e-rebat untuk Program NUR@PETRA bagi kategori pertama akan mula dibuka pada 31 Jan ini, kategori kedua mulai 15 Feb manakala permohonan rebat untuk kategori ketiga akan dibuka pada 1 Mac.

Menurut Fadillah, pelaksanaan Program NUR@PETRA mampu menjimatkan penggunaan tenaga elektrik sebanyak 3,910 Gigawatt jam bersamaan dengan RM2.23 bilion bagi tempoh 10 tahun, serta menyumbang kepada pengurangan sebanyak 3.0 juta tan karbon dioksida, tertakluk kepada jangka hayat dan kecekapan pengoperasian peralatan berkenaan.

Maklumat lanjut mengenai kriteria, kelayakan, cara permohonan, mekanisme pelaksanaan serta senarai jenama dan model kelengkapan elektrik cekap tenaga di bawah Program NUR@PETRA boleh didapati dengan melayari laman sesawang rasmi di pautan www.seda.gov.my/nur.

–BERNAMA

Tags: E-rebatProgram NUR@PETRA
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Bicara Zayn Rayyan Bermula Isnin Depan

Next Post

3 Hari Hilang, Mohammad Rayyan Ditemui Terapung Di Sungai Johor

Related Posts

No Content Available
Next Post
3 Hari Hilang, Mohammad Rayyan Ditemui Terapung Di Sungai Johor

3 Hari Hilang, Mohammad Rayyan Ditemui Terapung Di Sungai Johor

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd