• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, December 5, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Minta Bantuan Kesan Tiga Remaja Perempuan Hilang Di Ipoh

oleh Mohd Arshad
06/01/2025
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Polis Minta Bantuan Kesan Tiga Remaja Perempuan Hilang Di Ipoh
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Polis meminta bantuan orang ramai untuk mengesan tiga remaja perempuan yang dilaporkan hilang pada Oktober dan Disember tahun lepas.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, Nurul Syuhada Muksin, 18, dipercayai membawa beg pakaian dan keluar dari asrama sebuah politeknik di sini pada 9 Oktober.

“Remaja perempuan itu yang beralamat di Pangsapuri Palma Raja, Bandar Botanic di Klang, Selangor mempunyai ketinggian dianggarkan 152 sentimeter (cm) dengan berbadan kurus dan berkulit sawo matang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Abang Zainal Abidin berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi penolong pegawai penyiasat kes Sarjan Jhony Anak Bunsu menerusi talian 012-3019152 atau Balai Polis Ampang Baru 05-5467005.

Sementara itu, beliau berkata, K Ashwinia, 16, masih bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Tasek di sini dilaporkan hilang pada 25 Disember.

Remaja terbabit katanya, beralamat di Persiaran Perajurit T6, Taman Syabas di sini dan berketinggian 162 cm serta berbadan kurus.

“Mana-mana pihak yang mengetahui mengenai remaja itu boleh menghubungi penolong pegawai penyiasat kes Sarjan Jamariah Ya’acob di talian 012-5500883 atau Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh 05-2451500,” katanya.

Abang Zainal Abidin berkata, seorang lagi remaja perempuan dikenali sebagai Shomina, 16, merupakan pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) dilaporkan hilang sejak 24 Disember.

“Shomina yang tidak bersekolah dan beralamat di Pasir Puteh di sini mempunyai ketinggian 140 cm serta berbadan gempal dan berkulit gelap.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi penolong pegawai penyiasat kes Sarjan Mohamad Azlan Mohd Noor (019-5141791) atau IPD Ipoh,” katanya.

Bernama-

Tags: HILANGpolisRemaja Perempuan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Suami Lakukan Dua Tikaman Pada Bahagian Belakang Guna Pisau – Polis Kelantan

Suami Lakukan Dua Tikaman Pada Bahagian Belakang Guna Pisau – Polis Kelantan

01/12/2025
0

TANAH MERAH – Isteri maut ditikam dua kali di bahagian belakang badannya oleh suami menggunakan sebilah pisau di dapur rumah...

Lelaki Ditahan Disyaki Lakukan Gangguan Seksual Terhadap Tiga Pelajar MRSM

Lelaki Ditahan Disyaki Lakukan Gangguan Seksual Terhadap Tiga Pelajar MRSM

27/11/2025
0

HULU SELANGOR – Seorang lelaki tempatan ditahan polis selepas disyaki melakukan gangguan seksual terhadap tiga pelajar perempuan di sebuah asrama...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd