• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 27, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Buru Individu Terlibat Pindah Milik Tanah Secara Haram

oleh Mohd Arshad
10/01/2025
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Polis Buru Individu Terlibat Pindah Milik Tanah Secara Haram
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – “Jangan bersekongkol dengan sindiket, polis sama sekali tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak sekiranya ada penglibatan ‘orang dalam’ dalam kes ini.”

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Itu amaran Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkaitan kemungkinan penglibatan sindiket serta orang dalam berkaitan kegiatan pindah milik tanah secara tidak sah di sebuah Pejabat Tanah dan Galian (PTG) di Selangor.

Ramli berkata, pihaknya percaya kegiatan ini dilakukan secara bersindiket dan mempunyai rangkaian tertentu.

“Kegiatan seperti ini melibatkan rangkaian yang besar dan bukannya sekadar orang luar, namun saya percaya ia turut sama didalangi orang dalam.

“Saya tidak katakan semua tapi mana-mana sahaja ada individu seperti ini yang merosakkan sesebuah agensi, dan saya beri amaran jangan disebabkan tamakkan wang ringgit, sanggup lakukan perkara yang menyalahi undang-undang dan sanggup bekerjasama dengan sindiket,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang akhbar di pejabat JSJK Bukit Aman pada Jumaat.

Katanya, pihaknya sedang mengesan beberapa individu dipercayai terlibat termasuk mereka yang bersekongkol memindahkan nama pemilik tanah.

“Proses pertukaran nama ini sangat rumit, ia tidak akan berlaku sewenang-wenangnya, dan mereka ini dipercayai diupah mengeksploitasi sistem dengan memadam serta menghilangkan rekod-rekod berkaitan pindah milik tanah.

“Siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti pembabitan individu lain dalam kegiatan jenayah ini,” katanya.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan kegiatan pindah milik tanah seluas 9.4 hektar bernilai RM7.1 juta terbongkar susulan tangkapan 17 individu sejak sejak September lalu.

SinarHarian-

Tags: buruanpindah milik tanah
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Video Promosi Tahun Melawat Malaysia 2026 Akan Dibuat Semula – King Sing

Next Post

Jurugambar Didakwa Cederakan Dua Pereka Fesyen

Related Posts

Pendekatan Baharu Permudah Kelulusan Pindah Hak Milik Tanah

02/08/2018
0

KUANTAN - Kerajaan negeri memperkenalkan tiga pendekatan baharu bagi memudahkan urusan kelulusan pindah milik, gadaian dan pajakan tanah berkuatkuasa semalam. Menteri...

Peragut ‘Mat Rempit’ Kini Jadi Buruan Polis

20/12/2016
0

POLIS kini sedang giat memburu seorang lelaki yang dipercayai bergerak aktif melalukan kegiatan ragut di sekitar daerah Tampin, Negeri Sembilan...

Next Post
Jurugambar Didakwa Cederakan Dua Pereka Fesyen

Jurugambar Didakwa Cederakan Dua Pereka Fesyen

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd