• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, December 5, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pelajar Tingkatan 4 Maut Motosikal Rempuh Kereta

oleh Mohd Arshad
01/01/2025
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Pelajar Tingkatan 4 Maut Motosikal Rempuh Kereta
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Seorang pelajar sekolah menengah maut, manakala rakannya cedera selepas motosikal ditunggangi mereka terbabit nahas dengan sebuah kereta di Jalan Persiaran Pekeliling, Bangi dekat sini, semalam.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Dalam kemalangan kira-kira jam 4.59 petang itu, mangsa berusia 16 tahun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di anggota badan.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof, berkata siasatan awal mendapati kereta dipandu seorang wanita warga emas berusia 64 tahun dalam perjalanan menghala ke Seksyen 9, Bandar Baru Bangi.

“Kereta itu dipercayai sedang bergerak keluar dari sebuah simpang di Jalan Persiaran Pekeliling sebelum penunggang motosikal bersama pembonceng yang datang dari arah kanan melanggar kenderaan berkenaan.

“Akibat rempuhan itu, pembonceng motosikal disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala penunggang cedera di kaki. Pemandu kereta pula tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Naazron berkata, penunggang dan pembonceng motosikal berusia 16 tahun dan mereka adalah pelajar di sebuah sekolah menengah di Bangi.

“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Individu yang mempunyai maklumat mengenai kejadian ini boleh menghubungi balai polis berdekatan atau pegawai penyiasat kes, Inspektor Ahmad Zahrein Muhd Suoddi talian 017-3818422 bagi membantu siasatan,” katanya.

BHonline-

Tags: mautmotosikalpelajar tingkatan 4
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Penunggang Motosikal Sentap Kena Hon!

Penunggang Motosikal Sentap Kena Hon!

03/12/2025
0

KUALA LUMPUR – Tular satu rakaman dashcam memaparkan tindakan seorang penunggang motosikal menunggang secara berbahaya sebelum bertindak memarahi pemandu kereta...

Polis Panggil 2 Pelajar Tolak Motosikal URB Sehingga Anggota Polis Terjatuh

Polis Panggil 2 Pelajar Tolak Motosikal URB Sehingga Anggota Polis Terjatuh

27/11/2025
0

BANDAR BAHARU: Polis sudah mengesan dua pelajar yang menolak motosikal polis sehingga terjatuh di Simpang Empat, Jalan Selama, Kuala Dingin...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd