• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, January 31, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mahkamah Benar Kes Salah Guna Jawatan, Ubah Wang Haram Muhyiddin Dibicara Bersama

oleh Mohd Arshad
16/01/2025
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Mahkamah Benar Kes Salah Guna Jawatan, Ubah Wang Haram Muhyiddin Dibicara Bersama
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, membenarkan permohonan pihak pendakwaan supaya empat pertuduhan menyalahgunakan kedudukan dan tiga pertuduhan menerima wang daripada aktiviti haram dihadapi bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dibicarakan bersama.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Hakim Azura Alwi memutuskan demikian selepas mendapati permohonan itu memenuhi kriteria mengikut Seksyen 165 Kanun Acara Jenayah kerana ia membabitkan satu siri perbuatan dalam transaksi dan individu sama.

“Ini juga dapat memastikan keadilan kepada semua pihak, menjimatkan masa dan mengelak kesukaran terutama kepada saksi sama.

“Tiada sebarang prejudis akan berlaku kepada tertuduh berikutan penggabungan perbicaraan ini,” katanya.

Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin memaklumkan pihak pendakwaan akan mengemukakan 30 saksi bagi perbicaraan kes berkenaan.

Mahkamah kemudian menetapkan 18 Februari ini untuk pengurusan kes dan tarikh perbicaraan.

Sementara itu, mahkamah membatalkan permohonan Muhyiddin yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN), untuk menarik balik pertuduhan pengubahan wang haram terhadapnya.

Ini selepas peguam Muhyiddin, Amer Hamzah Arshad, memaklumkan kepada mahkamah bahawa anak guamnya ingin menarik balik permohonan itu kerana perkara berkenaan sudah menjadi akademik.

Muhyiddin, 77, sebagai Perdana Menteri (ketika itu) dan Presiden BERSATU didakwa atas empat pertuduhan menggunakan kedudukan beliau untuk suapan berjumlah RM232.5 juta berkaitan Projek Jana Wibawa daripada tiga syarikat iaitu Bukhary Equity Sdn Bhd, Nepturis Sdn Bhd dan Mamfor Sdn Bhd serta Datuk Azman Yusoff, bagi parti berkenaan.

Beliau dituduh melakukan perbuatan itu di Pejabat Perdana Menteri, Bangunan Perdana Putra, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan di Putrajaya antara 1 Mac 2020 hingga 20 Ogos 2021.

Presiden BERSATU itu juga berdepan dua pertuduhan menerima wang hasil aktiviti haram berjumlah RM195 juta daripada Bukhary Equity Sdn Bhd yang dimasukkan ke akaun CIMB Bank milik BERSATU.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di CIMB Bank Cawangan Menara KL, Jalan Stesen Sentral di sini antara 25 Februari hingga 16 Julai 2021 serta 8 Februari hingga 8 Julai 2022.

Muhyiddin juga dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Shah Alam pada 13 Mac 2023 atas pertuduhan menerima wang hasil aktiviti haram berjumlah RM5 juta dan kes itu dipindahkan ke Mahkamah Sesyen di sini untuk dibicarakan bersama.

Bernama-

Tags: Mahkamah Sesyenmuhyiddin
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pengusaha Kedai Makan Didakwa Dera Anak Saudara

Pengusaha Kedai Makan Didakwa Dera Anak Saudara

01/06/2025
0

CHUKAI, 1 Jun (Bernama) – Seorang pengusaha kedai makan didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan mendera...

‘Muhyiddin Hanya Ada 105 SD, Tak Cukup Kerusi’ – Zahid Hamidi

‘Muhyiddin Hanya Ada 105 SD, Tak Cukup Kerusi’ – Zahid Hamidi

22/08/2024
0

KUALA LUMPUR : Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mendedahkan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd