• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lelaki Ditahan Susulan Penemuan Mayat Di Bilik Tidur Pusat Rawatan Swasta

oleh Mohd Arshad
01/01/2025
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Lelaki Ditahan Susulan Penemuan Mayat Di Bilik Tidur Pusat Rawatan Swasta
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Polis menahan seorang individu bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat seorang lelaki warga tempatan dalam bilik tidur di pusat rawatan swasta di Pasir Puteh di sini pada Selasa.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung penemuan mangsa berusia 25 tahun itu daripada orang awam pada jam 7.54 pagi.

“Siasatan awal pihak polis di tempat kejadian mendapati, mangsa ditemui terbaring dalam bilik tidur dan tiada kesan jenayah pada tubuh badannya.

“Mangsa dihantar ke Jabatan Forensik, Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) dan hasil bedah siasat mendapati punca kematian disebabkan kecederaan abdomen akibat objek tumpul,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Rabu.

Menurut beliau, berdasarkan siasatan, polis menahan seorang lelaki warga tempatan berusia 31 tahun.

“Semakan mendapati suspek tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau dan reman diperolehi selama enam hari sehingga Isnin depan bagi membantu siasatan.

“Siasatan kes dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan membunuh,” katanya.

Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kes itu untuk tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat, Asisten Superintenden Fadli Ahmad di talian 019-2500019 atau mana-mana balai polis berhampiran.

SinarHarian-

Tags: bilik tidurditahanlelakiMayat
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bomba Terpaksa Dipanggil Bantu Hantar Lelaki 350kg Ke Hospital

Bomba Terpaksa Dipanggil Bantu Hantar Lelaki 350kg Ke Hospital

31/01/2026
0

ALOR GAJAH: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka membantu menghantar seorang lelaki obes seberat 350 kilogram ke Hospital Alor...

TERKINI: Lelaki Disahkan Maut Letupan Di Universiti Swasta

TERKINI: Lelaki Disahkan Maut Letupan Di Universiti Swasta

12/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki disahkan maut dalam insiden letupan kompresor penyaman udara di sebuah universiti swasta di Bukit Damansara, pagi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd