• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, December 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lelaki Curi Telefon Bimbit OKU Fizikal Sudah Ditahan

oleh Mohd Arshad
26/01/2025
dalam Jenayah, Terkini
0
Lelaki Curi Telefon Bimbit OKU Fizikal Sudah Ditahan
Share on FacebookShare on Twitter

MARANG: Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) pada Selasa lalu menunjukkan seorang lelaki mencuri telefon bimbit pembantu kedai runcit orang kurang upaya (OKU) di Rhu Rendang di sini, tular di media sosial dan membangkitkan kemarahan netizen.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Menerusi kiriman yang tular di Facebook Malaysian Crime Watch – MyWatch, video 27 saat menunjukkan seorang lelaki melarikan telefon bimbit milik pekerja kedai OKU yang diletakkan di kaunter kedai runcit tempat OKU itu bekerja.

Bagaimanapun, tindakan lelaki itu segera mendapat pembalasan apabila dia ditahan polis pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Marang, Superintendan Mohd Sofian Redzuan berkata suspek berusia 29 tahun ditahan sepasukan anggota daripada Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Marang dan IPD Kuala Terengganu di sebuah rumah di Kuala Terengganu jam 6.15 petang hasil maklumat dan siasatan dijalankan.

Penahanan suspek dibuat susulan penularan video di media sosial memaparkan seorang lelaki dipercayai suspek yang datang ke kedai berkenaan untuk membeli rokok pada Selasa lalu.

“Suspek kemudian kembali 15 minit kemudian untuk bertanya mengenai tambah nilai prabayar telefon.

“Namun, selepas dimaklumkan mangsa yang juga OKU kategori fizikal bahawa perkhidmatan itu tiada, suspek mengambil telefon bimbit diletakkan atas kaunter sebelum melarikan diri dengan menunggang sebuah motosikal,” katanya ketika dihubungi di sini.

Mohd Sofian berkata, hasil semakan mendapati suspek mempunyai rekod jenayah lampau membabitkan kesalahan mencuri dan penyalahgunaan dadah sejak 2017.

Suspek ditahan reman selama empat hari hingga hari ini. Bagaimanapun, reman suspek disambung hingga Rabu depan bagi melengkapkan siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri dalam bangunan.

BHonline-

Tags: curi telefonditahanlelakiOKU fizikal
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

171 Lelaki Disyaki Terbabit Aktiviti Songsang Dibebaskan

171 Lelaki Disyaki Terbabit Aktiviti Songsang Dibebaskan

30/11/2025
0

KUALA LUMPUR: Seramai 171 lelaki warga tempatan yang ditahan dalam serbuan pusat spa dan kesihatan di Chow Kit kelmarin dibebaskan...

Polis Tahan Dua Lelaki Terbabit Rakaman Video Tak Senonoh Dalam Kereta

Polis Tahan Dua Lelaki Terbabit Rakaman Video Tak Senonoh Dalam Kereta

21/11/2025
0

Seremban: Polis menahan dua lelaki yang disyaki terbabit dalam rakaman melakukan perkara tidak senonoh di dalam kereta seperti tersebar beberapa hari lalu....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd