• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 26, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Keputusan Kami Tepat Berdasarkan Undang-undang, Fakta’ – Ketua Hakim Negara

oleh Mohd Arshad
08/01/2025
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
‘Keputusan Kami Tepat Berdasarkan Undang-undang, Fakta’ – Ketua Hakim Negara
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA: Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat, amat yakin badan kehakiman di bawah pimpinannya telah membuat keputusan yang betul dan tepat berdasarkan undang-undang dan fakta tanpa mengira kehangatan situasi politik yang menyelubungi beberapa kes yang didengar di mahkamah.
IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Dalam ucapan terakhirnya sebagai Ketua Hakim Negara pada majlis Pembukaan Tahun Perundangan 2025, Tengku Maimun berkata, tempoh enam tahun pentadbirannya di bawah empat Perdana Menteri – Tun Dr Mahathir Mohamad, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan kini Datuk Seri Anwar Ibrahim – semuanya daripada gabungan politik berbeza.

“Dalam tempoh ini, panel kehakiman yang saya ketuai telah membuat keputusan yang kami yakin adalah betul berdasarkan undang-undang dan fakta tanpa mengira kehangatan politik yang menyelubungi beberapa kes.

“Kenyataan ini seharusnya menangkis sebarang tanggapan tidak berasas bahawa saya pernah memihak kepada mana-mana Perdana Menteri atau parti politik tertentu,” katanya.

Tengku Maimun berkata, beliau telah memikul beban, imej dan tanggungjawab keseluruhan badan kehakiman selama hampir enam tahun, dan tidak akan iri hati terhadap individu yang akan menggantikan beliau kelak.

Tengku Maimun akan bersara wajib pada usia 66 tahun Julai ini, bagaimanapun beliau akan kekal dalam jawatan selama enam bulan lagi sekiranya Yang di-Pertuan Agong berkenan melanjutkan tempoh perkhidmatannya.

Beliau berkata, selepas pelantikannya sebagai Ketua Hakim Negara wanita pertama di Malaysia, beliau bertekad untuk memenuhi sumpah jawatannya dalam memastikan Perlembagaan disanjung tinggi.

Tengku Maimun berkata, beliau tidak berpandukan pertimbangan lain selain undang-undang dan fakta kes mengikut prinsip kehakiman yang telah ditetapkan.

“Saya berada di sini untuk menjalankan tugas saya, saya tidak pernah mengidamkannya, tetapi dengan izin Allah SWT, saya diamanahkan untuk memimpin badan kehakiman.

“Ia jawatan yang sangat mencabar, namun dengan menerima pelantikan, saya komited sepenuhnya untuk melaksanakan tugas dengan baik.

“Saya tidak akan tunduk atau patuh kepada mana-mana individu, tidak kira betapa tinggi atau hebat kedudukannya, untuk melakukan apa yang diminta daripada saya,” katanya.

Tengku Maimun berkata beliau tidak sabar untuk bersara dan amat yakin beliau akan meninggalkan badan kehakiman dalam keadaan yang baik berbanding ketika beliau dan rakan sepasukan memimpin institusi berkenaan.

Beliau juga berhasrat meluangkan lebih banyak masa bersama cucu dan mengukuhkan keimanannya.

Bernama-

Tags: Ketua Hakim Negaramajlis Pembukaan Tahun Perundangan 2025
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

MPV Langgar Lampu Isyarat Dipercayai Punca Dua Beradik Maut

Next Post

Didakwa Miliki Hasil Penerbitan Larangan Berkaitan Al-Arqam, Dua Ahli GISBH Akan Kemuka Representasi

Related Posts

Bekas Pegawai Najib Minta Polis Siasat Ketua Hakim Negara

Bekas Pegawai Najib Minta Polis Siasat Ketua Hakim Negara

01/04/2023
0

PETALING JAYA : Polis Diraja Malaysia (PDRM) digesa menyiasat Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat selepas didakwa menyalahgunakan...

Najib Mahu Ketua Hakim Negara Tarik Diri

Najib Mahu Ketua Hakim Negara Tarik Diri

23/08/2022
0

Putrajaya : Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengemukakan permohonan untuk meminta Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan...

Next Post
Didakwa Miliki Hasil Penerbitan Larangan Berkaitan Al-Arqam, Dua Ahli GISBH Akan Kemuka Representasi

Didakwa Miliki Hasil Penerbitan Larangan Berkaitan Al-Arqam, Dua Ahli GISBH Akan Kemuka Representasi

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd