• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 21, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

DVS Terima 2,610 Aduan Berkaitan Kebajikan Kucing

oleh Mohd Arshad
28/01/2025
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
DVS Terima 2,610 Aduan Berkaitan Kebajikan Kucing
Share on FacebookShare on Twitter

Kuala Lumpur: Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) menerima sebanyak 2,610 aduan berkaitan kebajikan kucing termasuk dijadikan makanan kepada ular.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Jurucakap DVS berkata, kes haiwan peliharaan yang menjadi makanan kepada haiwan eksotik itu hanya rendah berbanding jumlah keseluruhan aduan diterima.

Beliau berkata, memberi makanan haiwan sebagai makanan bagi haiwan lain menurut tabiat pemakanan semula jadi haiwan itu adalah tidak menjadi kesalahan mengikut Seksyen 29(2)(c) Akta Kebajikan Haiwan 2015 (Akta 772).

Menurutnya, walaupun ia tidak menjadi kesalahan namun pemilik ular sawa dinasihatkan supaya memilih haiwan lain selain kucing seperti tikus.

“Kucing memang boleh menjadi mangsa bagi ular sawa termasuk yang dipelihara.

“Ia haiwan karnivor yang dalam habitat mereka sebagai pemangsa pelbagai jenis haiwan termasuk mamalia kecil seperti kucing.

“Namun dalam konteks ular sawa peliharaan, pemilik biasanya tidak memberi kucing sebagai makanan haiwan itu melainkan makanan lebih umum seperti tikus atau haiwan kecil lain yang sesuai dengan diet ular terbabit,” katanya kepada Harian Metro.

Beliau berkata, menurut budaya rakyat Malaysia, kucing adalah haiwan peliharaan yang sering dipandang sebagai anggota keluarga dan memberi makan kepada ular sawa dianggap boleh menimbulkan isu etika yang tidak bermoral.

Malah pihaknya tidak menggalakkan rakaman memberi makan haiwan dibuat secara terbuka kepada orang awam yang boleh menimbulkan pelbagai spekulasi selain menjaga sensitiviti pencinta haiwan.

Orang ramai juga dinasihatkan untuk tidak menyebarkan atau menularkan sebarang kejadian membabitkan kebajikan haiwan sebelum merujuk kepada DVS.

Beliau menasihati orang awam supaya melaporkan sebarang aduan berkaitan kebajikan haiwan dan penganiayaan haiwan kepada DVS melalui sistem MyAnimalWelfare.

Individu disyaki melakukan kesalahan membabitkan kebajikan haiwan boleh dikenakan tindakan mengikut Akta Kebajikan Haiwan 2015, Akta Binatang 1953 dan Akta Pemulihara Hidupan Liar 2010.

HarianMetro-

Tags: DVSkebajikankucing
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Gencatan Senjata Di Gaza Sekadar Tangguh Kekejaman Israel

Next Post

Sembilan Lelaki Didakwa Edar Dadah RM118 Juta

Related Posts

JPV Siasat Penemuan 10 Bangkai Kucing Di Tempat Pembuangan Sampah

JPV Siasat Penemuan 10 Bangkai Kucing Di Tempat Pembuangan Sampah

08/02/2025
0

Georgetown : Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Pulau Pinang sedang menjalankan siasatan berhubung laporan dakwaan penemuan kira-kira 10 bangkai kucing dalam...

Sumbat Kucing Hidup-Hidup Dalam Guni

Sumbat Kucing Hidup-Hidup Dalam Guni

12/01/2025
0

KAJANG - Polis menjalankan siasatan berkaitan tindakan sekumpulan individu di kawasan Pangsapuri Batu 9, Cheras yang didakwa menangkap beberapa ekor...

Next Post
Sembilan Lelaki Didakwa Edar Dadah RM118 Juta

Sembilan Lelaki Didakwa Edar Dadah RM118 Juta

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd