• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, February 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dua Kakitangan Badan Berkanun Ditahan Disyaki Seleweng RM600,000

oleh Mohd Arshad
08/01/2025
dalam Jenayah, Terkini
0
Dua Kakitangan Badan Berkanun Ditahan Disyaki Seleweng RM600,000
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Dua kakitangan sebuah badan berkanun di Perlis ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki salah guna kuasa untuk kepentingan peribadi.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Menurut sumber, SPRM Perlis menahan dua kakitangan badan berkanun di negeri itu termasuk seorang pengurus akaun disyaki menyalahgunakan kuasa dan penyelewengan wang untuk kegunaan peribadi bernilai kira-kira RM600,000.

Sumber berkata, perintah reman selama empat hari sehingga Sabtu telah dikeluarkan Majistret Nurshahida Abdul Rahim selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Kangar pada Rabu.

Kata sumber, kedua-dua suspek wanita berusia antara 30 dan 40-an itu telah ditahan kira-kira jam 1 petang pada Selasa ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Perlis.

“Siasatan awal mendapati kedua-dua suspek dipercayai melakukan perbuatan tersebut antara tahun 2020 hingga 2024.

“SPRM Perlis juga telah menyita dan merampas barangan mewah termasuk barangan kemas berjumlah kira-kira RM100,000 dipercayai diperolehi hasil daripada perlakuan jenayah tersebut,” katanya pada Rabu.

Sementara itu, Pengarah SPRM Perlis, Mohd Nor Adha Ab Gani ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan menyatakan kes disiasat di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009.

Tambah beliau, pihaknya juga akan melihat aspek tatakelola jika wujud kelemahan sistem dan prosedur berkaitan pengurusan badan berkanun itu.

Jelasnya, ia melibatkan urusan penerimaan dan perbelanjaan badan berkanun tersebut, seterusnya SPRM berusaha menutup ruang serta peluang berlakunya salah guna kuasa.

SinarHarian-

Tags: KakitanganSalah Guna KuasaSeleweng
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Seleweng Peruntukan Zakat RM120,000, Seorang Lagi Kakitangan Wanita MAIWP Ditahan SPRM

Seleweng Peruntukan Zakat RM120,000, Seorang Lagi Kakitangan Wanita MAIWP Ditahan SPRM

22/10/2025
0

KUALA LUMPUR: Seorang lagi kakitangan wanita Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kuala Lumpur...

Salah Guna Kuasa, Bekas Pengurus Dipenjara Sehari, Denda RM22,143

Salah Guna Kuasa, Bekas Pengurus Dipenjara Sehari, Denda RM22,143

26/05/2025
0

KUALA TERENGGANU: Bekas pengurus bahagian pentadbiran dan sumber manusia Ladang Rakyat Terengganu dijatuhkan hukuman penjara sehari dan denda RM22,143 oleh...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd